Liridon Krasniqi Sanggup Buat Kerja Buruh Sebelum Temui Kehidupan Melalui Bola Sepak

Pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi atau turut dikenali sebagai Mat Don di kalangan penyokong bola sepak di dalam negara berkata beliau pernah melakukan kerja buruh kasar sebelum memiliki kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional suatu ketika dahulu.

Perkara itu dikongsikan oleh Liridon melalui satu artikel hasil temubual pemain itu dengan kelab Liga Australia, Newcastle Jets.

Bagi kebanyakkan kita kerja buruh kasar bermakna ia memerlukan kudrat dan kerja keras. Namun bagi pemain kelahiran Kosovo itu, ia adalah perkara biasa yang pernah dilalui olehnya ketika masih kanak-kanak.

“Apabila saya masih kanak-kanak, saya banyak menghasbiskan masa di jalanan,” kongsi Liridon di dalam tembual tersebut.

Pernah kerja buruh kasar

Pernah bekerja keras di tapak pembinaan di Jerman selepas gagal mendapat kontrak profesional, Liridon tidak pernah memadam impian bergelar seorang pemain bola sepak profesional apabila turut melakukan latihan seorang diri apabila berkesempatan. Semua kerja keras itu dilakukan demi menyara keluarga.

“Saya berlatih sendirian,” kata beliau.

“Hujan, ketika salji turun atau ketika ribut melanda sekali pun, saya akan berlatih. Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh kerana percaya masa dan peluang akan tiba juga.

Tidak mudah untuk bergelar seorang pemain profesional. Ramai anak muda hanya melakukannya sekerat jalan apabila berhadapan dengan realiti sebenar. Apatah lagi apabila menjadi seorang anak muda yang cuba melakukannya dalam keadaan serba kekurangan.

Produk akademi Bayern Munich

Tetapi menyerah kalah tiada di dalam sifat diri Liridon. Walaupun sentiasa mengeluh kerana keperitan yang perlu dilaluinya pada ketika itu, beliau sentiasa yakin mampu berjaysa suatu hari nanti. Malah segala keperitan itu dianggap sebagai ujian bagi beliau untuk berjaya pada masa hadapan.

Sebagai seorang pemain muda berbakat, Liridon pernah menyertai 1860 Munich, Bayern Munich dan FC Nurnberg di peringkat pembangunan.

https://www.instagram.com/p/h1E-iihdGk/?utm_source=ig_web_copy_link

Akhirnya bakat beliau diasah oleh sistem akademi Bayern Munich bersama-sama generasi pemain seperti David Alaba dan Thomas Muller yang membintangi kelab Bavarian itu pada hari ini.

“Saya amat berbangga denga pengalaman yang saya pernah raih, dan bersyukur untuk tempoh saya berada di sana,” tambah beliau lagi dalam temubual tersebut.

Perjalanan karier hingga ke Liga Malaysia

Bagi yang sudah lama mengikuti perkembangan Liridon Krasniqi, anda pasti boleh menceritakan kisah perjalanan karier pemain tengag ini satu persatu.

Penampilan pertama beliau di dalam bola sepak profesional ialah bersama Mlada Boleslav di Republik Czech. Namun karier beliau di sana tidak kekal lama. Kontrak beliau ditamatkan, tetapi seperti sifat yang sudah tertanam di dalam dirinya sejak kecil, beliau bukan pemain yang mudah menyerah kalah.

Beliau kembali bangkit, kali ini beraksi bersama kelab divisyen dua Turki sebelum beliau dilamar oleh Persatuan Bola Sepak Kedah untuk beraksi di Liga Malaysia.

“Saya menanggap tempoh beraksi di Malaysia sebagai tempoh paling berjaya,” ujar beliau.

“Saya amat cintakan negara [Malaysia] ini.”

Sepanjang bersama Kedah FA, Liridon membantu gergasi bola sepak utara tanah air itu meraih kejuaraan Liga Premier pada 2015 sekaligus membantu Kedah beraksi di Liga Super pada musim berikutnya.

Musim 2016, Liridon adalah tongak utama membantu Kedah muncul juara Piala Malaysia, dan Piala FA pada musim berikutnya.

Liridon anggap diri unik

Liridon Krasniqi sememangnya adalah pemain yang cukup unik. Dikenali sebagai pemain yang memiliki fizikal yang sasa, Liridon memiliki kebolehan teknikal cukup tinggi beserta visi untuk melakukan hantaran membelah pertahanan lawan untuk melakukan ancaman kepada pasukan lawan.

Liridon sendiri menanggap dirinya sebagai pemain yang mempunyai pelbagai kemampuan dan corak permainan konvensional tersendiri.

“Saya suka dilihat sebagai pemain yang sukar dijangka,” ujar beliau dalam tembual tersebut.

“Jika saya berjaya melakukannya, maka ia akan membantu pasukan,” tambahnya lagi ketika ditanya mengenai corak permainnanya.

Gembira dengan peluang di Australia

Beraksi bersama Newcastle Jets secara pinjaman daripada JDT bermakna Liridon beraksi semakin jauh dari eropah.

“Beraksi di Malaysia pun sudah cukup jauh dari tempat asal saya,” kata beliau.

“Sebelum ini saya tidak pernah menjangkakan akan pergi lebih jauh dari itu.

“Namun saya sudah merasakan diri amat dialu-alukan [di Australia] walaupun ketika masih berada di Malaysia.

“Disebabkan itu saya rasa amat gembira untuk diberikan peluang beraksi di sini.”

Liridon nyata seorang profesional selepas cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharunya di Newcastle. Maka tidak hairanlah mengapa beliau begitu pantas mendapat kepercayaan daripda Ketua Jurulatih, Craig Deans untuk berada di dalam skuad utama pasukan.

Bersama pasukan baharunya itu, aksi tenangnya memberikan stabiliti di bahagian tengah pasukan. Penyokong Newcastle kini semakin hari ibarat semakin giat melihat aksi trademark Liridon bersama pasukan mereka.

Begitu juga kita di Malaysia yang semakin lama semakin tidak sabar untuk melihat Liridon Krasniqi menyarung jersi Harimau Malaya.

 

Kredit Feature Image: Harimau Abroad

 

Baca artikel lain mengenai Liridon Krasniqi:

Liridon Mungkin ‘X-factor’ Untuk Lonjak Newcastle Jets, Kata Bekas Pemain A-League

Mengapa Perjanjian Liridon, Abi Ke Newcastle Jets Boleh Dianggap ‘Win-Win Situation’?

Liridon Krasniqi Tidak Mahu Fikir Atau Komen ‘Lebih’ Tentang Kedah

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN