Lionel Messi Dan Suarez ‘Troll’ Pique, Nyatakan Neymar Dah ‘Balik’!

Masih ingatkah anda dengan status ‘Se Queda’ daripada Gerard Pique bulan lalu? Ketika itu Gerard Pique menyatakan yang Neymar akan kekal.

Malangnya, Neymar membuat keputusan untuk pergi ke ParisParis Saint-Germain dengan rekod perpindahan dunia €222 juta.

Sepanjang saga perpindahan Neymar, Pique orang yang paling sibuk. Beliau banyak bertemu dengan Neymar, mengajak pemain itu keluar minum dan kerap menghubungi Neymar.

Semalam Neymar telah kembali ke Barcelona dengan Dani Alves. Dipercayai pulang untuk meraikan hari jadi anaknya di sana.

Dalam satu status Messi semalam, beliau mengajuk cara Pique yang merangkul leher Neymar tetapi dengan status ‘Volvió’ atupun ‘dah balik’ dan beliau telah menge-tag nama Pique.

Neymar sendiri komen di dalam status tersebut dengan emoji gelak.

Tidak lama kemudian, Pique dan beberapa pemain Barcelona lain pun bertemu dengan Neymar. Neymar pula menyakat Pique dengan status ‘Se Queda’, kedua-dua mereka bergambar dengan ‘posing’ yang sama.

Macam-macamlah mereka ini bukan? Ini adalah gambar kenang-kenangan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN