Rasmi! Undian LBR Musim Ke-3, Di Mana Pasukan Daerah Anda?

Kejohanan yang mempertemukan pasukan-pasukan daerah ini telah memasuki edisi ketiga. Kejohanan kali ini akan berlangsung mulai 8 September.

107 pasukan bakal merebut kejuaraan musim kali ini. Taklimat Liga Bola Sepak Rakyat telah dianjurkan pada 19 hingga 20 Ogos 2017 di ibu kota.

Format undian

Taklimat LBR musim ketiga yang diadakan di Kuala Lumpur. Sumber: Facebook LBR.

Zon Timur mempunyai 4 kumpulan. Zon Tengah pula dipisahkan menjadi Zon Tengah 1 dan 2. Zon Tengah 1 mempunyai 3 kumpulan manakala Zon Tengah 2 mempunyai 4 kumpulan.

Zon Utara pula dianggotai 4 kumpulan. 3 kumpulan pula diletakkan di bawah Zon Barat. Zon Selatan pula menyaksikan 2 kumpulan.

Undian penuh

Juara musim lalu, Gua Musang diundi bersama Kota Bharu, Kuala Krai, Ketereh dan Setiu dalam Kumpulan D Zon Timur.

Berikut merupakan undian penuh bagi setiap zon:

Zon Selatan

Kumpulan A – Alor Gajah, Kuala Pilah, Rembau, Tampin

Kumpulan B – Jasin, Seremban, Port Dickson, Jempol, Melaka Tengah

Zon Barat

Kumpulan A – Kerian, Tanjung Malim, Kampar, Sungai Siput

Kumpulan B – Barat Daya, Manjung, Batang Padang, Ipoh

Kumpulan C – Lenggong, Seberang Perai Selatan, Kuala Kangsar

Zon Utara

Kumpulan A – Kubang Pasu, Kulim, Sik, Langkawi

Kumpulan B  – Arau, Baling, Pendang, Bandar Baharu

Kumpulan C – Pokok Sena, Kangar, Kota Setar, Yan

Kumpulan D – Padang Serai, Padang Terap, Kuala Muda, Padang Besar

Zon Tengah 1

Kumpulan A – Jerantut, Sabak Bernam, Kuala Langat, Cameron Highland

Kumpulan B – Sepang, Hulu Selangor, Bera, Kuantan, Tanjung Karang

Kumpulan C – Hulu Langat, Petaling, Temerloh, Klang, Raub

Zon Tengah 2

Kumpulan A – Pekan, Paya Besar, Tentera Darat, Putrajaya

Kumpulan B – Bentong, Cheras, Indera Mahkota, Titiwangsa

Kumpulan C – Lembah Pantai, Maran, Bandar Tun Razak, Bukit Bintang

Kumpulan D – Setiawangsa, Lipis, Kepong, Segambut

Zon Timur

Kumpulan A – Hulu Terengganu, Pengkalan Chepa, Rantau Panjang, UMK

Kumpulan B – Bachok, Besut, Pasir Puteh, Jeli

Kumpulan C – Marang, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah

Kumpulan D – Gua Musang, Kota Bharu, Kuala Krai, Setiu, Ketereh

Undian untuk pasukan dari Sabah, Sarawak dan Labuan akan dibuat kemudian. Pihak LBR akan mengemaskini dari masa ke semasa.

Kesimpulan

Semoga kejohanan LBR ini terus meriah dari masa ke semasa. Kami mengharapkan juga akan ada bintang yang menyinar untuk pasukan negara lahir daripada kejohanan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN