AS Monaco Mungkin Akan Jual Mbappe! Ultras Monaco 94 Keluarkan Kenyataan Rasmi

Kylian Mbappe dilaporkan masih belum bersetuju dengan terma baru kontrak yang ditawarkan kepada beliau.

Dalam minggu terakhir jendela perpindahan, dilaporkan PSG dilaporkan sedia membayar £120 juta untuk Mbappe dan menaikkan gaji pemain itu jauh lebih besar daripada gaji semasa Mbappe ketika ini sekitar £15,700 seminggu.

Namun, untuk mengelakkan diri daripada dikenakan tindakan berdasarkan Financial Fair Play, PSG akan membayar Mbappe secara ansuran. Ini kerana PSG sebelum ini sudah berbelanja terlalu besar untuk membeli Neymar.

Namun Monaco enggan menerima perjanjian seperti itu. Dan kini PSG dikatakan mahu meminjam Mbappe dengan opsyen tetap yang akan dibayar pada musim hadapan. ESPN melaporkan yang PSG menawarkan gaji €18 juta setahun, bersih selepas cukai.

Monaco masih berusaha untuk mengekalkan Mbappe dan mereka kini sedang berunding untuk menyusun semula gaji para pemain mereka. Kontrak semasa Mbappe akan berakhir pada 2019.

Antara yang memeningkan Monaco adalah, Radamael Falcao yang masih belum ditawarkan kontrak baru. Dijangka Radamel Falcao akan menerima sekurang-kurangnya €7 juta setahun.

Berita tarik tali kontrak Mbappe sampai ke telinga Ultras. Mbappe menerusi ejen beliau dikatakan sedang meminta gaji terlampau tinggi kerana Mbappe dikaitkan dengan kelab seperti PSG dan Real Madrid.

Ultras yang digelar Ultras Monaco 1994 mengeluarkan kenyataan rasmi mewakili suara mereka keseluruhannya. Mereka menyatakan:

“Dalam beberapa hari ini, kita telah mendengar cerita dari media berkenaan dengan cerita Mbappe. Kami juga ada mendengar jumlah gaji yang terlalu tinggi diminta Mbappe.”

“Kami percaya tidak ada mana-mana pemain dalam pasukan ini berhak mendapat angka jutaan euros yang diminta Mbappe daripada kelab kami.”

“Kami berpegang kepada prinsip, bola sepak itu milik semua orang. Kami juga percaya bahawa setiap pemain perlu ada cinta dan hormat kepada baju kelab yang telah membantu membentuk kamu.”

“Kami tidak boleh menerima apabila salah seorang pemain kami dibenarkan berkelakuan seperti ini dan tuntutan yang tidak munasabah. Anda masih belum membuktikan diri anda lebih lagi di beberapa dozen perlawanan antarabangsa.”

“Kami dengan sebulat suara ingin mengingatkan Kylian Mbappe dan rakan-rakan beliau, yang tidak ada seorang individu lebih besar daripada institusi AS Monaco.”

Ultras Monaco juga memberitahu yang mereka faham jika kelab menjual Kylian Mbappe selepas ini. Mereka akan berdiri di belakang keputusan itu.

“Dengan ini, kami berharap pemimpin kelab kami buatlah keputusan yang anda rasa terbaik dalam usaha kelab mengelakkan diri daripada membayar gaji yang terlampau besar.”

“Terimalah tawaran (dari kelab lain) untuk masuk ke akaun kelab untuk digunakan menguatkan pasukan ini untuk menyaingi kejuaraan.”

“Kami yakin, pasukan ini cukup bagus dan kompeten untuk mempertahankan kejuaraan kita, dengan atau tanpa Mbappe.”

Sayang betul ultras Monaco ini dengan kelab mereka. Mereka mengutamakan kebajikan kelab lebih daripada seorang pemain bintang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN