Lionel Messi Terus Beri Tekanan, Mahu Tinggalkan Barcelona

Lionel Messi

Perkembangan terkini berhubung masa depan bintang bola sepak dunia, Lionel Messi nyata amat menggusarkan kem Barcelona apabila beliau telah membuat permohonan untuk meninggalkan kelab tersebut.

Peguam pemenang Ballon d’Or enam kali itu dikatakan sudah menghantar faks kepada Barcelona supaya kelab tersebut mengaktifkan klausa pada kontraknya yang masih berbaki setahun di mana Messi boleh meninggalkan The Blaugrana secara percuma [penamatan kontrak] pada musim panas ini.

Laporan Marca pada 5 September 2019 turut pernah mendedahkan bahawa terdapat klausa yang membenarkan Messi untuk meninggalkan Barcelona selepas berakhirnya satu-satu musim sehingga tahun 2021 [kontraknya tamat].

Pemain kelahiran Rosario itu hanya perlu untuk menyatakan niatnya sebelum penghujung musim [kebiasaannya bulan Mei] setiap tahun, bagi membenarkan klausa tersebut diaktifkan.

Terdapat juga laporan yang mengatakan klausa itu hanya membenarkan Messi untuk berhijrah ke kelab di luar Eropah dan jika ianya benar, Argentina sudah pasti menjadi pilihan beliau.

Sejak kekalahan memalukan di tangan Bayern Munich di peringkat suku akhir tempoh hari, Messi dilihat seperti sudah tidak bernafsu untuk terus menyarung jersi skuad gergasi Sepanyol itu.

Permasalahan dalaman kelab juga berkemungkinan besar menjadi faktor utama yang mendorong beliau nekad untuk meninggalkan pasukan diwakilinya sejak berusia 14 tahun itu.

Sebelum ini, pengurus baharu Barcelona, Ronald Koeman memberikan gambaran jelas bahawa beliau ingin melihat Messi untuk terus menjadi sandaran utama buat pasukan.

Koeman juga tanpa ragu-ragu menegaskan Messi ialah pemain terbaik di dunia. Sehubungan dengan itu, beliau tidak mahu untuk berhadapan [menentang] dengan pemain berkelas dunia sepertinya.

Dalam perkembangan sama, Ahli Lembaga Pengarah Barcelona dikhabarkan sedang mengadakan perbincangan berhubung perkara yang menggemparkan ini.

Manakala, para penyokong mereka pula sudah mula berhimpun di luar Nou Camp untuk mendesak Presiden, Josep Maria Bartomeu supaya meletakkan jawatan.

Kredit featured image: David Ramos/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Lionel Messi:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN