Daley Blind Cetus Kerisauan, Rebah Pada Perlawanan Persahabatan

Daley Blind

Pemain pertahanan Ajax, Daley Blind mencetuskan kerisauan apabila beliau rebah secara tiba-tiba pada perlawanan persahabatan bertemu Hertha Berlin di Amsterdan Arena, awal pagi tadi.

Kejadian itu berlaku pada minit ke-80 yang mana menyaksikan pasukan perubatan Ajax bergegas masuk ke padang bagi memberikan rawatan pantas buat pemain berusia 30 tahun itu.

Blind yang kembali semula ke Ajax selepas empat musim beraksi bersama Manchester United sebelum ini telah disahkan mengalami masalah radang otot jantung apabila mengadu pening kepala sebaik sahaja perlawanan Liga Juara-Juara Eropah bertemu Valencia pada Disember 2019.

Keadaan itu menyebabkan sebuah alat bantuan, Implantable Cardioverter Defibrillator (ICD) terpaksa diletakkan di bahagian dadanya untuk memantau denyutan jantung dan mengesan degupan jantung yang tidak teratur.

Berhubung kejadian pagi tadi, pengurus Ajax, Erik ten Haag mengesahkan bahawa terdapat amaran dihantar oleh ICD yang dipasang tersebut ketika Blind tumbang di padang.

”ICD Blind telah terpadam,” ujar ten Haag menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

”Dia terus ditukarkan dan kemudiannya dia berasa ‘OK’, dia juga berada dalam keadaan baik. Kami akan membuat kajian tentang perkara ini.”

Blind yang terlepas aksi kompetitif selama dua bulan ketika mula dikesan mengalami masalah tersebut dijangka akan sekali lagi diberikan rehat panjang sebelum pakar perubatan dapat mengesahkan beliau benar-benar dapat kembali beraksi selepas ini.

Dua musim bersama Ajax sebaik sahaja pulang dari Manchester, Blind telah membuat penampilan dalam 91 perlawanan buat kelab Eredivisie Belanda itu dalam semua pertandingan dan turut berjaya menjaringkan tujuh gol.

Kredit featured image: Gerrit van Keulen/BSR Agency/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Daley Blind:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN