Lionel Messi: Terima Kasih Untuk Segalanya, ‘Boss’

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Valverde

Bintang bola sepak dunia, Lionel Messi merakamkan penghargaan buat bekas pengurus Barcelona, Ernesto Valverde yang dipecat daripada tugasannya, semalam.

Tekanan memuncak yang dihadapi Valverde berakhir dengan berita pemecatannya susulan kegagalan Barcelona meraih gelaran Supercopa de Espana selepas tewas kepada Atletico Madrid pada aksi yang berlangsung di Jeddah, Arab Saudi itu.

Valverde, 55 tahun mula membimbing Barcelona pada 29 Mei 2017 bagi menggantikan legenda kelab tersebut, Luis Enrique.

”Terima kasih untuk segalanya, ‘boss’,” Messi memuatnaik ucapan penghargaan di akaun Instagram milik beliau.

”Saya yakin segalanya akan berjalan dengan baik buat anda ke mana sahaja anda pergi kerana sebagai seorang profesional dan terkemuka. Selamat maju jaya,”

Sepanjang beraksi di bawah kendalian Valverde, Lionel Messi telah berjaya mencipta 112 jaringan di kesemua pertandingan yang disertai Barcelona.

Manakala bagi Valverde pula, beliau membantu Barcelona menjuarai La Liga bagi dua musim berturut-turut [2017/18 & 2018/19] serta Copa del Rey 2017/18.

Seperti yang diketahui, kekosongan ditinggalkan Ernesto Valverde itu telah diisi pengurus berusia 61 tahun, Quique Setien.

Kredit foto: VI Images via Getty Images

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U