Reinhard Rauball: Beri Masa Buat Haaland

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Haaland

Presiden Borussia Dortmund, Reinhard Rauball mengharapkan agar penyerang muda ‘terhangat di pasaran’, Erling Haaland diberikan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Dortmund berjaya menewaskan beberapa pasukan lain termasuk Manchester United yang turut berminat untuk mendapatkan pemain berusia 19 tahun itu dengan nilai perpindahan berjumlah €20 juta.

Rauball menegaskan Haaland memerlukan masa untuk membangunkan bakatnya dan beliau perlu dilindungi daripada ‘kata-kata’ yang negatif.

”Sebab pertama, kami tidak menggembar-gemburkannya dan kedua, dia baru berusia 19 tahun. Berikan saya sokongan dan berikan dia peluang untuk membangunkan bakatnya.”

Embed from Getty Images

”Kami sudah pun mempercayainya untuk membantu dalam melonjakkan prestasi pasukan.”

”Dia diletakkan di posisi sedemikian kerana kami mahu menghalangnya dari menerima sebarang bunyi negatif dari luar kelab,” ujar Rauball.

Dalam pada itu, pengendali Borussia Dortmund, Lucien Favre turut mengakui Haaland memiliki sesuatu yang luar biasa dan rekod jaringannya mampu membantu kelab tersebut.

Haaland yang sebelum ini beraksi untuk RB Salzburg, nyata mencuri tumpuan selepas menjaringkan 28 gol dalam 22 perlawanan yang dilalui pada musim 2019/20, termasuk lapan gol dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah.

Kredit foto: Alexandre Simoes/Borussia Dortmund via Getty Images

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U