Lionel Messi Pencetus Nama Samaran Weghorst Di Old Trafford

Jelas sekali agak sangat mustahil untuk membandingkan antara Wout Weghorst dan Lionel Messi walau dengan apa cara sekalipun.

Namun begitu, ia sama sekali tak menghalang untuk bintang Paris Saint Germain itu menjadi inspirasi sebalik terhasilnya nama gelaran untuk Weghorst di Old Trafford.

Lionel Messi merupakan pencetus kepada kisah bagaimana terhasilnya nama samaran Wout Weghorst di Old Trafford walau bintang Belanda itu baru sahaja menyertai kelab liga Perdana Inggeris itu.

Wout Weghorst mengejutkan peminat bola sepak selepas beliau dengan tiba-tiba menyertai Manchester United pada jendela perpindahan Januari baru-baru ini.

Tidak lama dikaitkan dengan Red Devils, pemain penyerang itu kemudiannya sah diumumkan sebagai pemain Manchester United pada bulan lalu.

Pemain penyerang dari Belanda itu sebelum ini beraksi bersama Besiktas sebagai pemain pinjaman Burnley.

Ketika beraksi bersama Burnley dalam saingan Premier League, beliau sebenarnya gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan.

Melihat kepada prestasi hambar beliau selama enam bulan dalam saingan Premier League musim lalu, agak mustahil sebenarnya untuk peminat menerima beliau sebagai pengganti Cristiano Ronaldo.

Bintang Portugal itu mempunyai rekod jaringan yang jauh lebih baik berbanding Weghorst dalam saingan Premier League musim lalu.

Dan kerana itulah sebelum mula Weghorst beraksi untuk Manchester United lagi beliau sebenarnya sudah teruk dihentam oleh pelbagai pihak.

Setakat ini, beliau hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja untuk Man United dan gol itu terhasil ketika aksi menewaskan Nottingham Forest 3-0 bulan lalu.

Terdapat pelbagai laporan yang menyatakan bahawa Weghorst sebenarnya masih belum mampu membina keserasian bersama rakan sepasukannya di Old Trafford.

Namun begitu, sepertinya Weghorst sudah agak mesra dengan rakan sepasukannya yang baru itu selepas SPORT melaporkan yang Lisandro Martinez sudah memberikan nama manja kepada bintang Belanda itu.

Martinez memanggil Weghorst ‘Bobo’ yang mana ia secara kasarnya membawa maksud ‘bangang’ tapi ia disebutkan dengan cara lebih manja.

Nama itu terhasil selepas Martinez terinspirasi dengan kisah Messi memanggil Weghorst dengan gelaran sama tetapi cara yang kasar ketika di Qatar sebelum ini.

Lionel Messi mengamuk dan memaki hamun Weghorst selepas tamat aksi kemenangan Argentina menewaskan Belanda di pentas Piala Dunia baru-baru ini.

Weghorst dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan tersebut dan beliau berjaya menjaringkan dua gol untuk bantu Belanda mengikat Argentina 2-2.

Walaupun Argentina menang dalam perlawanan tersebut, namun Messi jelas sekali tidak berpuas hati dengan keseluruhan pasukan Belanda.

Ketika Messi sedang ditemu bual selepas tamat perlawanan, Weghorst cuba menghampiri dan mahu mengucapkan tahniah.

Namun begitu, Messi tidak gembira melihat beliau berada di situ dengan bintang Argentina itu menjerit, ‘Que Miras bobo. Anda palla!’ yang bermaksud, ‘Kau tengok apa bangang? Berambus kau!

Martinez merasakan insiden tersebut sebagai satu hal yang lucu walau ramai yang menghentam Messi kerana sikap beliau terhadap Weghorst.

Weghorst sendiri turut tidak ada masalah tentang hal tersebut dan beliau sepertinya menerima nama gelaran itu dengan berlapang dada.

Bercakap selepas berlakunya insiden tersebut, pemain berusia 30 tahun itu menyatakan bahawa:

“Saya sangat menghormati dia. Dia antara yang terhebat sepanjang zaman.”

“Saya mahu tunjukkan rasa hormat saya kepada Messi selepas tamat perlawanan, tapi dia tak mahu itu.”

“Saya rasa dia masih marahkan saya. Tapi bagi saya, ia satu pencapaian yang menakjubkan kerana dia sudah tahu nama saya sekarang. Dan setidak-tidaknya saya dah buat sesuatu yang betul.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN