Adisak Kraisorn Akui Gerun Bertemu JDT

Adisak Kraisorn

Penyerang import baharu Terengganu, Adisak Kraisorn mengakui Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan lawan yang digeruni sekali gus menjangkakan pertembungan sengit untuk perebutan trofi Piala Sultan Haji Ahmad Shah, 24 Februari ini.

Pemain dari Thailand ini menyatakan pernah mengikuti perkembangan pemain-pemain JDT terutamanya mereka yang pernah beraksi di pentas skuad kebangsaan selain turut mempunyai barisan import mereka yang cemerlang.

Namun, Adisak juga percaya dengan kemampuan pemain-pemain Terengganu yang juga tidak boleh dipandang mudah menyaksikan pasukan ketika ini sedang bekerja keras mempersiapkan diri untuk menghadapi aksi pertama 24 Februari ini.

“Ini merupakan perlawanan pertama kita lawan JDT dan mereka adalah pasukan yang cemerlang di Malaysia.

“Kami telah mempersiapkan diri lebih sebulan sekarang dan semuanya sedang bekerja keras untuk beraksi sebaiknya nanti.

“Kita tahu rata-rata mereka ada dalam skuad kebangsaan dan juga ada pemain import yang terbaik tetapi kami juga ada pemain import yang bagus.

“Saya turut mengenali Diogo [Luis Santo], dia pernah beraksi di Liga Thailand dan ada juga saya tengok pemain-pemain lain beraksi terutamanya ketika di skuad kebangsaan, jadi saya rasa ia akan menjadi perlawanan yang hebat nanti,” jelasnya menerusi laman MFL.

Adisak yang berjaya membantu Thailand muncup juara Piala AFF 2022 bersedia untuk menyahut cabaran baharu di Liga Malaysia bersama Terengganu dan dia bersama pasukan kini sedang menjalani latihan pra musim di Bangkok.

Bahkan, dia juga tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan perkara baharu di Liga Malaysia termasuklah untuk beraksi pada sebelah petang.

“Ini merupakan cabaran baharu untuk saya di Malaysia memandangkan Liga Super bagi saya antara yang terbaik di ASEAN.

“Saya ada tengok juga di YouTube bagaimana ramainya penyokong di Terengganu dan mereka sangat baik, jadi saya suka di sini.

“Berkenaan bermain di waktu petang, sudah tentu saya tiada masalah sebab di Thailand juga kadang-kadang ada bermain di waktu petang.

“Untuk itu, saya juga kena belajar memahami peraturan Liga Malaysia dan saya kena belajar daripada semua sudut, jadi saya akan cuba yang terbaik,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN