Peminat ‘Speechless’ Lihat Reaksi Messi Rai Gol Jaringan Ramos

Peminat ‘speechless’ melihat bagaimana terujanya Lionel Messi ketika meraikan gol yang dijaringkan oleh Sergio Ramos ketika aksi kekalahan 2-1 PSG di tangan Marseille.

Berita kekalahan PSG di tangan Marseille itu tidak begitu mengejutkan peminat berbanding ketika para peminat melihat reaksi Messi ketika meraikan gol jaringan Sergio Ramos.

Skuad kendalian Igor Tudor itu berjaya menyingkirkan anak-anak buah Christophe Galtier dari saingan Coupe de France selepas kejayaan mereka mencatatkan kemenangan 2-1 di pusingan 16 terbaik malam semalam.

Bekas bintang Manchester United, Alexis Sanchez berjaya membuka tirai jaringan untuk Marseille pada aksi babak pertama permainan, sebelum Sergio Ramos tampil menyamakan kedudukan.

Neymar mengambil sepakan penjuru yang sangat cantik pada hujung-hujung aksi babak pertama permainan, dengan bola hantaran dari bintang Brazil itu tepat menemui kepala Ramos.

Legenda Real Madrid, Sergio Ramos kemudiannya menanduk padu bola hantaran dari Neymar itu untuk membantu PSG menyamakan kedudukan sebelum tamat aksi babak pertama permainan.

Pau Lopez sendiri tidak mampu melakukan apa-apa melainkan melihat sahaja bola tersebut masuk menerjah jaring gawang gol beliau.

Apa yang menarik tentang gol Ramos itu adalah melihat reaksi Messi ketika meraikan gol rakan sepasukannya itu.

Tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan bagaimana terujanya reaksi Lionel Messi ketika melihat Sergio Ramos meledak gol penyamaan untuk PSG.

Messi mengangkat tangan ke udara sebelum berlari mengejar Sergio Ramos untuk maraikan gol tersebut bersama-sama rakan sepasukannya yang lain.

Dek kerana kedua-dua Messi dan Ramos mempunyai sejarah permusuhan yang sangat dahsyat, maka jelas sekali peminat merasa janggal dan terkejut melihat mereka begitu mesra meraikan gol tersebut.

Rata-rata komen pada video tersebut menunjukkan yang para peminat seakan-akan tidak percaya melihat hal tersebut boleh berlaku.

“Saya macam tak percaya melihat Messi meraikan gol jaringan Ramos seperti ini.”

“Kamu patah balik ke 10 tahun lepas, lepas tu kamu katakan kepada semua orang yang satu hari nanti Messi akan meraikan gol jaringan Ramos, saya yakin semua mereka yang mendengar kenyataan itu akan tampar muka kamu.”

“Siapa saja yang menduga hal ini akan berlaku, perentas masa sendiri pun saya rasa tak akan pernah duga hal ini akan berlaku.”

“Saya rasa macam dunia nak terbalik, Messi dan Ramos meraikan gol bersama-sama.”

Walaupun Ramos berjaya menyamakan kedudukan, namun beliau gagal untuk membantu PSG mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini.

Ruslan Malinovskyi berjaya meledak gol kemenangan untuk Marseille menewaskan PSG 2-1 dalam perlawanan ini.

Kem PSG tentu saja kecewa dengan keputusan tersebut, kerana mereka sudah tentu menyasarkan untuk menang semua piala domestik pada tahun ini.

Melihat kepada skuad yang PSG ada pada ketika ini, jelas sekali mereka tiada masalah untuk melakukan hal tersebut.

Walau sudah sah tersingkir, jelas sekali PSG akan lakukan apa sahaja untuk menang semua baki kejohanan yang sedang mereka sertai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN