‘Berhenti Tunding Jari’ – Kompany Tampil Pertahankan Man City Dari Terus Dikritik

Vincent Kompany tampil mempertahankan Manchester City dan menghentam kelab-kelab lain dalam saingan Premier League yang dianggap terlalu menunding jari kepada bekas kelabnya itu.

Dek kerana merasakan kelab-kelab lain terlalu lantang mengkritik Man City dan terlalu kerap menyalahkan juara bertahan saingan Premier League itu, Kompany tampil bersuara membalas segala kritikan tersebut.

Manchester City kini dihentam teruk oleh pelbagai pihak selepas mereka dilaporkan sedang disiasat kerana melakukan penipuan dan melanggar peraturan FFP.

Gergasi England itu disiasat sendiri oleh Premier League dan mereka dikatakan telah melanggar lebih dari 100 peraturan melibatkan Financial Fair Play (FFP).

Seandainya Man City didapati benar-benar bersalah, mereka sebenarnya bakal berdepan dengan pelbagai hukuman yang sangat berat.

Pemotongan mata dan penyingkiran liga merupakan antara hukuman yang paling ditakuti oleh Manchester City pada ketika ini.

Terdapat juga pihak yang mendesak agar kesemua enam kejuaraan Premier League yang dimenangi oleh Man City sejak beberapa tahun kebelakangan ini wajib ditarik balik.

Seandainya hal itu berlaku, secara tak langsung Liverpool dan Manchester United masing-masing bakal memperoleh tiga kejuaraan kerana mereka menjadi naib juara dari kesemua enam musim itu.

Dan andai Manchester City tersingkir, mereka berkemungkinan akan beraksi dalam liga yang lebih rendah kerana EFL juga tidak mahu menerima mereka.

Kompany yang ketika ini sedang dalam usaha beliau untuk membawa Burnley menjuarai saingan EFL tampil mempertahankan bekas kelabnya itu dan menjawan segala kritikan yang dilemparkan kepada Man City.

“Saya perasan tentang hal itu dan kadang kala saya pejamkan saja mata saya.”

Jelas bekas ketua pasukan Manchester City itu kepada Sky Sports.

“Tidak dinafikan, masih terdapat banyak kebenaran di dunia ini yang akan terungkap dan kamu akan sedar apa kamu lakukan itu salah.”

Kompany juga meminta kepada semua supaya mencermin diri sebelum menunding jari kepada yang lain kerana mereka seharusnya sedar bukan semua mereka lakukan benar.

“Dan ketika semua orang melihat kepada diri mereka, saya rasa industri bola sepak secara amnya antara yang paling tak boleh terlalu kerap menunding jari.”

Kompany kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Saya rasa kamu semua akan sedikit tersenyum kerana sedar bagaimana kisah sebenar tentang industri bola sepak. Saya sebenarnya sangat skeptikal ketika melihat orang mula menunding jari.”

“Buat yang terbaik untuk diri kamu sendiri dan mari kita berusaha dan perbaiki diri sentiasa, cuma saya memang sedikit skeptikal ketika orang terlalu mudah menunding jari.”

Bekas bintang Manchester City itu pernah membantu The Citizens untuk memenangi empat gelaran Premier League, dari 11 tahun beliau di Etihad.

Beliau jelas sekali antara pemain yang paling disanjungi dan kini pihak kelab turut membina tugu dirinya di hadapan stadium bersama tugu Sergio Aguero dan David Silva.

Memandangkan tugu beliau sendiri berada di Etihad, maka tidak hairanlah mengapa Kompany dilihat terlalu melindungi Man City dan tak suka ada pihak yang menghentam bekas kelabnya itu.

Kompany juga mungkin bimbang empat gelaran Premier League beliau akan dirampas oleh Manchester United dan Liverpool andai Man City terbukti bersalah dan gelaran liga ditarik balik.

Legenda kelab itu juga dikatakan merupakan antara calon terbaik untuk menggantikan Pep Guardiola sebagai pengurus Man City andai bekas pengurus Barcelona itu mahu meninggalkan kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN