Lionel Messi memilih untuk menjelaskan denda untuk mengelakkan diri dan ayahnya daripada dipenjara berkaitan isu cukai di Sepanyol.
Lionel Messi dan ayahnya Jorge telah dijatuhkan hukuman penjara 21 bulan di penjara oleh mahkamah di Sepanyol selepas didakwa dengan tuduhan penipuan pembayaran cukai 12 bulan yang lalu.
Namun begitu Lionel Messi dan ayahnya, Jorge tidak akan bermalam di penjara seperti kita semua bayangkan.
Laporan di Sepanyol menyebut Lionel Messi diarahkan untuk membayar sejumlah £221,000 sebagai denda kesalahan yang dikaitkan terhadap Messi dan ayahnya.
Mahkamah Catalonia pad tahun lalu mendapati Lionel Messi didapati bersalah atas dakwaan mengelak dari membayar cukai dengan menyembunyikan pendapatan hasil hak imej.
Sejumlah €4 juta dilaporkan terlibat dalam dakwaan itu.
Bagaimanapun, kerana hukuman penjara tersebut adalah kurang daripada tempoh 2 tahun, dan Lionel Messi dan ayahnya juga tidak pernah mempunyai rekod jenayah, maka kedua-duanya tidak perlu meringkuk di dalam penjara.
Rekod hukuman penjara kedua-dua anak beranak itu juga akan dipadam.
Pihak pendakwaan sebelum ini mendakwa syarikat yang berpengkalan di Belize dan Uruguay digunakan untuk menyembunyikan pendapatan hasil hak imej Lionel Messi.
Lionel Messi ketika prosiding dijalankan memberitahu pihak mahkamah beliau tidak tahu menahu akan hal pengurusan kewangan dirinya.
Ayahnya pula mendakwa beliau telah diberitahu oleh penasihat perundangan bahawa amalan itu adalah sah.
Sebelum ini rakan sepasukan Barcelona dan Argentina kepada Lionel Messi, Javier Mascherano turut dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan untuk dakwaan yang sama.
Mascheranio didenda sebanyak €800,000 kerana kesalahannya itu dan €21,600 lagi baki sebagai ganti hukuman selama 6 bulan di penjara.
Sejak kebelakangan ini, ramai pemain bola sepak profesional menjadi sasaran agensi penguatkuasaan cukai di Sepanyol.
Cristiano Ronaldo sedang menjawab dakwaan daripada pejabat cukai Sepanyol untuk dakwaan penipuan pembayaran cukai bernilai sehingga £13 juta.
Jose Mourinho adalah nama baru dalam bola sepak yang mendapat perhatian agensi cukai berkenaan untuk dakwaan yang sama namun pantas dinafikan oleh pengurus Manchester United itu pada awal minggu ini tadi.
Lionel Messi pasti lega mendengar perkhabaran terbaru ini.
Sumber:
1. Fox Sports Asia (2017): Messi avoids jail, pays fine for tax fraud;
http://www.foxsportsasia.com/football/news/detail/item295977/messi-avoids-jail-pays-fine-for-tax-fraud