Dahulu Jadi Bintang Rebutan Kelab Gergasi, Namun Hari Ini Jese Gagal Menambat Hati Las Palmas

Jese Rodriguez gagal mendapatkan perjanjian tetap dengan Las Palmas selepas tempoh pinjaman beliau berakhir.

Las Palmas adalah kelab yang membangunkan bakat Jese Rodriguez. Kemudian pemain itu menjadi prospek yang panas di Real Madrid.

Beliau antara pemain yang sentiasa menjadi sasaran beberapa kelab besar dalam jendela perpindahan

Jese kemudian membuat keputusan drastik untuk menyertai PSG. Ini kerana, Jese mahukan lebih minit dalam perlawanan.

Jese disambut meriah. Namun beberapa bulan selepas itu, segalanya berubah selepas pemain itu gagal menunjukkan aksi terbaik beliau.

Jese juga kerap dilihat berparti dengan selebriti di Perancis. Beliau menjadi selebriti hiburan selain daripada pemain bola sepak.

Sikapnya yang terlalu banyak dengan dunia hiburan membuatkan pemilik PSG bengang dan menuduh pembelian Jese ibarat satu penipuan (fraud).

Naser Al-Khelaifi dengan lantang mengkritik Jese sebagai seorang yang tidak profesional. Beliau kemudiannya mengarahkan Jese dipinjamkan keluar dan mencari kelab yang mahu membeli pemain tersebut.

Jese kembali ke Las Palmas. Beliau hanya menjaringkan 1 gol dan hanya muncul dalam 9 perlawanan sahaja dengan kelab tersebut.

Jese menyatakan keinginan beliau untuk terus kekal di Las Palmas. Namun kelab tersebut enggan mendapatkan Jese secara tetap ataupun menlanjutkan lagi tempoh pinjaman beliau.

Unai Emery pula jelas tidak begitu kisah dengan kepulangan atau tidak pulang Jese Rodriguez.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN