Quantcast

ADVERTORIAL KAJIAN & FAKTA

Lihat Ibu Bapa, Bukan Jurulatih, Untuk Lahirkan Pemain Berskil

Akademi bola sepak yang bagus akan menghasilkan pemain yang bagus – boleh dikatakan majoriti peminat bola sepak bersetuju dengan premis ini. Tetapi seorang sensei pembangunan akar umbi di Amerika Syarikat cuba mengubah pendapat ini. Bagi beliau – pemain yang bagus lahir dari ibu bapa yang bagus.

Kieranto Marcello merupakan bapa kepada dua orang anak lelaki. Si abang bersekolah darjah 3. Si adik pula darjah 2. Setiap minggu pada pagi Sabtu dan Ahad, beliau akan menghantar 2 anaknya berlatih di Akademi Projek Darul Ehsan – sebuah akademi bola sepak yang diuruskan oleh bekas-bekas pemain profesional Selangor era 90-an.

View this post on Instagram

My Kicikkss in actions for PDE.. frenly game with AAB Academy and MSU Sg Buloh last Sunday..

A post shared by Kieranto Marcello (@kieranto_marcello) on

“Saya teringin nak tengok anak-anak saya menyarung jersi Harimau Malaya pada satu hari nanti,” kata bekas deejay radio swasta itu yang mesra dipanggil Kieran. “Dulu saya ada angan-angan nak hantar mereka ke akademi bola sepak di Belanda. Saya siap dah plan nak bermastautin di sana. Tapi apakan daya kita merancang, Tuhan yang menentukan – plan itu tak jadi.”

Pelan berhijrah ke Belanda itu tidak menjadi selepas beliau bercerai dengan bekas isterinya. Kini Kieran menghabiskan RM100 sebulan untuk dua anaknya berlatih di Akademi Projek Darul Ehsan yang berpangkalan di Klang, kira-kira 15 minit dari rumahnya.

“Jika tak dapat jadi pemain profesional pun, saya harapkan disiplin yang diterapkan oleh saya dan jurulatih-jurulatih di akademi sejak dari kecil dapat menjadikan mereka sebagai insan berguna bila dah besar nanti,” luah Kieran lagi.

Kieran merupakan salah satu daripada ribuan ibu bapa di Malaysia yang sanggup menghabiskan wang dan masa menghantar anak mereka ke akademi bola sepak; dengan harapan anak mereka bakal menjadi bintang baru bola sepak negara. Fenomena ini masih ‘hijau’ lagi di Malaysia. Tetapi mempunyai potensi cerah; seiring dengan perkembangan industri bola sepak profesional dan kesedaran daripada ibu bapa tentang potensinya.

Sebelum mekarnya pertumbuhan Pusat Latihan Daerah (anjuran NFDP) dan akademi-akademi swasta, satu-satunya cara kanak-kanak menerima tunjuk ajar daripada jurulatih bertauliah adalah dengan memasuki sekolah sukan. Jika ada pun akademi swasta, ia hanya tertumpu di sesetengah kawasan yang urban sahaja. Ketiadaan akademi daripada pasukan Liga Malaysia pula hanya memburukkan lagi keadaan.

Maka tak hairanlah Malaysia ketika ini gagal menghasilkan kelompok pemain-pemain yang banyak untuk mencabar graduan Sekolah Sukan Bukit Jalil – apatah lagi menghasilkan pemain berkelas dunia.

“Pemain bagus dihasilkan di rumah”

Apabila skuad bawah-16 negara tersingkir daripada Kejohanan AFC Bawah-16, hanya mengumpul 3 mata dan menduduki tangga terakhir kumpulan di belakang Jepun, Tajikistan dan Thailand, panik melanda. Pekung NFDP – badan yang dipertanggungjawabkan menyediakan skuad bawah-16 tersebut – didedahkan satu demi persatu. Semua orang sibuk memburu kambing hitam.

Namun tiada siapa menyedari satu komponen penting yang hilang di Malaysia – tetapi sudah menjadi sebati di Jepun; dan Thailand – sebuah negara yang telah dan sedang giat belajar dari Jepun. Konsensus umum dari dunia kejurulatihan akar umbi moden ketika ini bersetuju bahawa jika komponen ini hilang, tahap skil dan kemahiran teknikal pemain akan berbeza berbanding dengan negara yang mempunyai komponen tersebut dalam program pembangunan akar umbi mereka.

Komponen penting tersebut adalah pembangunan bakat kanak-kanak yang bermula di rumah. Seawal umur 2 tahun.

Jepun perlu berterima kasih kepada Tom Byer, seorang bekas pemain Kashiwa Reysol (dahulu dikenali sebagai Hitachi Ltd. Soccer Club) dari Amerika Syarikat kerana menyedarkan mereka tentang peri-pentingnya komponen tersebut.

Tom Byer (tengah) menunjukkan teknik menghentikan bola dengan betul dalam satu klinik bola sepak yang diadakan di China.

Selepas bersara, Byer bermastautin di Jepun untuk menjadi jurulatih akar umbi. Tetapi apa yang membezakannya daripada jurulatih lain adalah semangat dan kerja kerasnya menekankan kemahiran penguasaan bola (ball mastery) melalui Coerver Method. Dan ini menarik minat Jepun – sehingga modul beliau dipaparkan di rancangan TV dan manga.

“Anda perlukan bola kecil untuk budak kecil. Pada ketika itu, saya mulakan dengan anak saya sendiri yang baru belajar berjalan,” terang Byer dalam dokumentari HBO, Real Sports with Bryant Gumbel. “Saya tak galakkan dia untuk menyepak bola. Tapi saya galakkan dia melindungi bola, tarik bola dan simpan bola dengan kakinya.”

Byer memberitahu peranan ibu bapa di rumah sangat penting dalam fasa pembangunan pemain muda. “Sebab itu saya selalu kata ibu bapa yang bijak, berpengetahuan dan selalu melibatkan diri biasanya akan menghasilkan pemain yang berkualiti tinggi,” tegas Byer. “Kalau anda perhatikan satu persamaan antara Landon Donovan, Christian Pulisic dan Clint Dempsey – mereka semua mempunyai ibu bapa yang mempunyai 3 ciri yang saya sebutkan tadi.”

Christian Pulisic (kiri) merupakan salah satu contoh pemain yang lahir hasil didikan ibu bapa yang aktif melibatkan diri dalam pembangunan bakat bola sepaknya sejak berumur 2 tahun. (Foto oleh Sean M. Haffey/Getty Images)

Ibu bapa Pulisic merupakan bekas pemain bola sepak peringkat semi-pro. Clint Dempsey mula bermain dalam rumahnya. Ibu Landon Donovan pula banyak membelikan bola untuk anak-anaknya kerana ia mainan paling murah. Dalam konteks tempatan, usaha Pak Nan melatih kanak-kanak di Flat Sri Melaka, Cheras berjaya menghasilkan Azman Adnan dan Azrul Amri Burhan.

“Negara yang budayanya banyak membabitkan ibu bapa yang berpengetahuan dalam bola sepak akan banyak menghasilkan pemain-pemain istimewa seperti ini,” jelas Byer lagi sebelum menambah: “Ibu bapa yang kurang berpengetahuan akan ajar anak mereka menyepak bola sahaja. Di peringkat 2, 3, 4 tahun, benda ini tak produktif. Anda hanya mengajar anak anda dari muda untuk membuang bola.”

Pengurus Am Little League Soccer MY (sebuah akademi bola sepak swasta di Petaling Jaya), Shazwan Wong turut senada dengan Byer. “Ibu bapa yang memberi anak mereka bola di rumah akan menghasilkan pemain istimewa – walaupun anak mereka belum pernah masuk latihan berstruktur di bawah program kami,” katanya.

Shazwan turut memberi penekanan supaya ibu bapa membiarkan anak mereka bermain di luar. “Sama ada memanjat, berlari, melompat, apa-apa sahaja – semua benda ini akan membentuk motor skills mereka. Apabila mereka ada motor skills, mereka akan ada good coordination yang akan membantu mereka dalam latihan di akademi.”

Bila nak belajar pass bola?

Falsafah dan metodologi kejurulatihan Tom Byer sangat asing di Jepun pada ketika itu sehinggakan jurulatih lain dan ibu bapa bertanya: “Habis, bila nak ajar pass bola?”

Mudah untuk difahami mengapa mereka bertanya begitu. Lagipun, bola sepak adalah passing game.

“Betul, bola sepak adalah passing game. Saya cuma nak tekankan kemahiran passing boleh diajar kemudian. Tetapi jika kanak-kanak tak berjaya menguasai bola, ia akan menjadi lebih sukar kemudian hari,” jawab Byer.

Shazwan bersetuju. Baginya, adalah penting bagi kanak-kanak untuk mendapatkan ball feeling sebelum belajar pass dan shoot. “Pass dan shoot boleh diajar kemudian. Ball mastery yang paling mustahak sekali dalam bola sepak,” katanya.

Byer turut menambah asas-asas ini boleh dipelajari kanak-kanak dari rumah lagi. “Jika mereka belajar menguasai bola, tarik bola dengan kaki kanan, kaki kiri…belajar berhenti dan gerakkan bola…buat semua skil teras ini, mereka sebenarnya sedang membina blok-blok asas bola sepak.”

Jika ibu bapa ajar, bila giliran jurulatih?

Bagi Byer, beliau cuba memisahkan terma ‘melatih’ dan ‘mengajar’ dalam pembangunan akar umbi pemain. “Saya tak suka bila ibu bapa ‘melatih’ anak-anak. Saya percaya kita sebagai ibu-bapa perlu ‘mengajar’ anak-anak kita di peringkat umur 2, 3, 4 atau 5 tahun supaya bila kita serahkan mereka kepada jurulatih, jurulatih boleh mula ‘melatih’. Semua orang kena terlibat.”

Kieran Marcello memberitahu beliau sering membawa dua anak lelakinya berjoging dan berlari pecut di trek balapan stadium awam di masa lapangnya. “Kadang-kadang sampai pucat muka mereka kena train dengan saya,” dedah Kieran sambil tertawa.

Shazwan Wong pula memberi jaminan ibu bapa tak perlu menjadi ‘expert’ untuk mengajar anak mereka asas-asas bermain bola. “Beri saja mereka sebiji bola kecil di rumah. Suruh mereka bawa bola dengan kaki dari point A ke point B.”

“Jika saya boleh melakukannya dengan dua anak saya, semua orang boleh melakukannya. Jika anda boleh ajar asas-asas seperti tarik bola dengan kaki kiri dan kanan, menggolekkan bola dengan kaki, menghenti dan menggerakkan bola dengan kaki – anak anda akan ikut,” jelas Byer lagi.

“Kanak-kanak suka tunjuk benda yang mereka dah belajar kepada ibu bapa.”

Inginkan kediaman sempurna untuk bintang masa depan anda?

Adakah anda sedang mencari rumah yang mempunyai ruang luas untuk anak anda bermain dengan bolanya?

Adakah anda sedang mencari rumah yang berdekatan dengan stadium, kompleks sukan, sekolah dan akademi bola sepak untuk anak anda?

Jika ya, teres dua tingkat di Seremban berkonsepkan moden inilah yang anda cari!

Dengan keluasan 2,988 kps, lengkap dengan 4 bilik dan 4 bilik air, Irama Residensi SIGC memberikan anak-anak anda ruang yang selesa untuk mengasah skil ball mastery mereka.

Terletak strategik dan berdekatan dengan Stadium Paroi (1km), Kompleks Sukan Paroi (1.5km), Padang Bola Lorong Nuri 2 (1km), Sekolah Kebangsaan Paroi (2km), Pusat Tunas NFDP Negeri Sembilan (5km) dan Inspire Budakbola Junior Academy (10km), anak anda tidak akan terlepas daripada aktiviti-aktiviti pembangunan akar umbi bola sepak Negeri Sembilan yang sentiasa aktif!

Irama Residensi SIGC juga terletak berdekatan dengan Plaza Ampangan (3km), KIP Mart Senawang (6km), Giant Senawang (7km), Mydin Senawang (8km), Tesco Seremban Jaya (8km), Senawang Specialist Hospital (6km) dan Hospital Tuanku Jaafar (10km).

Akses ke Lembah Klang juga menjadi mudah dengan kewujudan lebuhraya seperti Plus dan LEKAS.

KLIK pautan di bawah untuk mula memohon kediaman ini sekarang!

⚽️ Irama Residensi SIGC
⚽️ Irama Residensi SIGC
⚽️ Irama Residensi SIGC

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!