Selangor mengakhiri prestasi buruknya di saingan Liga Super dengan menundukkan UiTM 2-0 di Stadium UiTM Shah Alam hasil jaringan dua pemain importnya pada separuh masa pertama.
Tiga mata yang diraih di tempat lawan tersebut tentunya melegakan The Red Giants yang bergelut dengan prestasi setelah gagal meraih kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir mereka sebelum ini.
Selangor mendahului seawal minit ke-13 menerusi rembatan voli pemain import Switzerland, Oliver Buff yang memanfaatkan sentuhan Norhakim Hassan dan menewaskan penjaga gol tuan rumah Azfar Arif Sukri.
📸 AKSI PERLAWANAN LIGA SUPER – LS6
UITM FC 0-2 SELANGOR FC#LigaSuper2021 pic.twitter.com/OnaNgks3FA
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 3, 2021
Lima minit sebelum tamat separuh pertama, Ifedayo Olusegun menggandakan kelebihan buat Selangor dengan menyudahkan hantaran Norhakim dari sebelah kiri yang dimulakan dengan loronngan cantik Buff.
Ifedayo berpeluang menambah jaringan pada awal babak kedua hasil hantaran lintang Syahmi Safari, namun tandukannya sekadar liar melepasi palang gol.
Corak permainan Selangor jelas berubah selepas melakukan beberapa pertukaran pemain dan kedudukan 2-0 kekal sehingga pengadil perlawanan Fitri Maskon meniupkan wisel penamat.
Malam ini tiga mata!
Jaringan Oliver Buff & Ifedayo Olusegun memberikan SFC kemenangan ke-2 musim ini. Ayuh Gergasi Merah, terus fokus untuk perlawanan seterusnya!
FT: UITM 0-2 SEL#KitaAdalahSatu #85Years #CreatingALegacy
Dikuasakan oleh PKNS Properties pic.twitter.com/2nWI9dTLBU
— Selangor FC (@selangorfc) April 3, 2021
Dengan kemenangan kedua yang diraih oleh skuad bimbingan Karsten Neitzel tersebut, Selangor kini mengumpul lapan mata dan menduduki tangga ketujuh liga.
UiTM pula terus terperosok di kedudukan tercorot liga dengan hanya satu mata dan terus memberi tekanan kepada Frank Bernhardt untuk memastikan pasukannya tidak tersingkir dari Liga Super pada musim ini.
Kredit Foto: MFL
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:
Aidil Sharin Tolak Perbandingan Penyerang Kini Dengan Era Marlon, Ken Ilso
‘Cleansheet’ Lagi, Aksi Kalamullah Al-Hafiz Raih Pujian Daripada P. Maniam
Zainal Abidin Anggap 2 Gol ‘Mudah’ Rencatkan Segalanya Buat Melaka United