Kedah Darul Aman (Kedah) bakal berdepan cabaran besar untuk aksi Liga Super 2023 minggu ini, setelah pasukan tersebut bakal berkunjung ke gelanggang lawan bagi membuat perhitungan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), rata-rata mengetahui gelanggang keramat itu sering memberi igauan ngeri buat mana-mana pelawat dan kali ini Kedah bakal merasainya buat kali pertama pada tahun 2023.
Sesi latihan pasukan malam ini sebelum bertolak ke Johor Bahru pagi esok. Game on!
PULUN KEDAH PULUN!
🏆 LS 8 | Liga Super 2023
🆚 Johor Darul Ta'zim
📆 9 April 2023, Ahad
🕖 10.00 malam
🏟️ Stadium Sultan Ibrahim pic.twitter.com/WALexy6mv9— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 7, 2023
Untuk aksi ini, dilaporkan Kedah kehilangan dua tonggak pertahanan mereka kerana digantung perlawanan akibat layangan kad pada saingan terdahulu dan bakal memberi sedikit kerumitan buat pengendali kelab, Nafuzi Zain.
Untuk itu, pastinya Nafuzi menjadi individu paling sibuk sekali ketika ini untuk merancang idea terbaharu dalam misi untuk tidak dimalukan oleh tuan rumah pada hari perlawanan akan datang.
Dua pertahanan menjalani hukuman penggantungan itu ialah Ariff Farhan Md Isa (layangan tiga kad kuning), serta Wan Amirul Afiq (layangan kad merah) dan mereka tidak akan turut serta bersama pasukan bagi aksi bertemu JDT.
Jelas Nafuzi, ketiadaan pemain-pemain tersebut sangat dirasai kerana dua posisi tersebut sangat penting buat Kedah dalam mengekalkan kekuatan pertahanan kelab tersebut daripada dibocori.
Apatah lagi, aksi ini menyaksikan Kedah bakal bertemu pasukan paling kuat di bahagian serangan yang pastinya Nafuzi ingin mengelak pasukan kendaliannya bocor dengan mudah sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
“Kami perlu melakukan percaturan baharu dengan meletakkan pemain lain yang mampu memberi keseimbangan di posisi penting kubu Sang Kenari untuk aksi Ahad ini.
“Namun dengan penggantungan dua pemain pertahanan iaitu Wan Amirul Afiq dan Ariff Farhan ini juga akan membuka peluang kepada pemain lain yang menunggu lama untuk berada dalam kesebelasan utama apabila bertemu JDT nanti.
“Jadi saya perlu lebih teliti dan memikirkan perancangan yang dapat menyeimbangkan kekuatan benteng selepas kami kehilangan dua tonggak utama itu,” katanya menerusi Harian Metro.
Pada masa sama, Nafuzi juga mengharapkan agar para pemain turut membawa keyakinan tersendiri untuk berdepan pasukan lawan selain mengikut perancangan diterapkan beliau sebelum beraksi.
Aksi seterusnya KDA FC berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim menentang Johor Darul Ta'zim.
PULUN KEDAH PULUN!
🏆 LS 8 | Liga Super 2023
🆚 Johor Darul Ta'zim
📆 9 April 2023, Ahad
🕖 10.00 malam
🏟️ Stadium Sultan Ibrahim#2023season #LigaSuper2023 #LS8 #JDTKDA pic.twitter.com/aBIstT6l8K
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 7, 2023
“Saya rasa setiap pemain juga mahu berada dalam senarai apabila kita beraksi menentang satu pasukan yang hebat seperti JDT ini nanti, dan kita tahu bila kita lawan pasukan yang bagus ini kita mahu cuba beri aksi yang terbaik dan kita tetap mahukan satu keputusan yang positif untuk dibawa pulang.
“Saya memiliki game plan saya sendiri dan saya rasa pemain cukup bersemangat dan fokus untuk menghadapi cabaran besar ini walaupun kami hadir sebagai underdog di tempat lawan nanti,” katanya lagi.