Perancangan Xavi Ini Mungkin Pastikan Lionel Messi Kembali Sertai Barcelona

Pemain bola sepak paling berpengaruh dunia iaitu Lionel Messi dikhabarkan mungkin akan menyertai saingan La Liga kembali pada musim hadapan, dengan Barcelona bakal menyambut ketibaan bintang tersebut.

Malah, pemain serangan itu juga dilaporkan akan bermain di posisi baharu jika beliau setuju untuk kembali menyertai Barcelona, setelah menghabiskan musim-musim terakhir bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Messi dikhabarkan mempunyai baki kontrak bersama PSG sehingga penghujung musim ini dan mempunyai pilihan untuk melanjutkannya lagi selama setahun.

Keadaan PSG juga ketika ini tidak bermasalah untuk terus mengekalkan Messi, walaupun mereka berkemungkinan akan menghadapi isu Financial Fair Play (FFP).

Pilihan lain yang ada buat Messi ketika ini termasuk tawaran daripada salah satu kelab berpengaruh di Arab Saudi serta berhijrah ke Amerika Syarikat untuk menyarung jersi Inter Miami.

Namun khabar paling kuat setakat ini ialah kepulangan kembali pemain kebangsaan Argentina tersebut untuk menyertai Barcelona selepas dua tahun beliau dan pasukan itu berpisah.

Walaupun mempunyai isu kewangan serta beberapa perkara lain perlu diperhalusi antara kelab dan Messi, dilaporkan Barcelona serius untuk cuba membawa kembali pemain itu pulang ke Nou Camp.

Malah, pengurus kelab tersebut iaitu Xavi Hernandez juga sudah mempunyai rencana tersendiri jika Messi kembali menyertai Barcelona, dengan pemain tersebut bakal beraksi di posisi tengah, menurut laporan dikeluarkan oleh Sportbible.

Ini bukan sesuatu mengejutkan jika Messi beraksi di posisi berkenaan, kerana beliau telah pun bermain di kawasan tersebut dengan tugasa yang hampir sama sewaktu membantu Argentina menjuarai Piala Dunia tahun lalu.

Tahun lalu menyaksikan Messi tampil selaku penjaring terbanyak kedua di belakang Kylian Mbappe, setelah beliau meledak tujuh gol bersama tiga bantuan jaringan daripada tujuh perlawanan.

Malah posisi yang dimainkan oleh Messi ketika itu turut membantu pemain tersebut untuk dinobatkan sebagai Pemain Terbaik dalam kejohanan yang berlangsung di Qatar itu.

Ura-ura mengenai perpindahan Messi untuk kembali ke Nou Camp itu jelas disambut dengan sangat baik oleh para penyokonh Barcelona yang turut berharap pemain bintang itu akan kembali.

Apapun, ketika ini Messi masih lagi mempunyai tugas penting untuk membantu PSG dalam saingan liga bersama rakan sepasukannya sebelum kontrak beliau tamat.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN