Liga Super: Penampilan Sulung Heberty Bantu JDT ‘Benam’ Selangor Di SSI

Penampilan sulung penyerang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Heberty Fernandes jelas tidak mengecewakan selepas pemain tersebut membantu kemenangan buat pasukan diwakilinya menerusi jaringan sulung beliau untuk menewaskan Selangor.

Masuk di separuh masa kedua, Heberty jelas memberikan impak terbaik di sebalik ketiadaan Fernando Forestieri serta Diogo Luis Santo yang mengalami kecederaan di kem JDT.

Selain Heberty, seorang lagi penyerang JDT iaitu Bergson da Silva berjaya menjadi penjaring kedua untuk menyaksikan keputusan penuh perlawanan berpihak kepada tuan rumah iaitu 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

 

Selangor yang tampil bertahan sejak awal permainan berlangsung, jelas gagal untuk mendapatkan sebarang peluang terbaik mereka di hadapan gol dengan lebih banyak berkampung di kawasan sendiri.

Awal permainan menyaksikan Selangor terlebih dahulu lebih banyak mengasak ke kubu pertahanan JDT menerusi beberapa gerakan berbahaya termasuk satu sepakan penjuru diberikan kepada The Red Giants.

JDT pula lebih banyak berlegar di kawasan sendiri dan intensiti permainan ditampilkan mereka sedikit perlahan dengan tiada tekanan-tekanan tinggi diberikan kepada pasukan pelawat.

Selepas lima minit perlawanan berlangsung, masing-masing masih gagal untuk cuba mencipta peluang berbahaya dengan bola lebih banyak berlegar di tengah padang serta intensiti permainan agak perlahan dipamerkan.

Skuad kendalian Esteban Solari mula mempamerkan penguasaan permainan sebelum dihentikan seketika selepas penyerang Selangor iaitu Richmond Boakye mengalami kecederaan pada minit ke-10.

Memasuki 20 minit perlawanan, JDT masih lagi mengalami kesukaran untuk mendapatkan gol pertama mereka dengan Selangor jelas sangat berdisiplin di zon pertahanan mereka untuk menyerap segala asakan dibuat tuan rumah.

Akhyar Rashid memiliki satu peluang terbaik untuk mendapatkan gol pertama buat JDT selepas beliau mendapat umpanan cantik daripada Arif Aiman pada minit ke-24.

Namun rembatan yang dilepaskan oleh Akhyar dalam petak penalti jelas begitu mudah untuk dibaca oleh Sam sebelum ianya ditangkap kemas untuk menyelamatkan keadaan buat Selangor.

Selangor terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-28 menerusi Safuwan Baharudin sebelum ianya dibatalkan oleh pengadil menerusi situasi sepakan percuma selepas ianya disahkan offside sekali gus melegakan seketika kem JDT.

Memasuki penghujung separuh masa pertama, kedua pasukan masih lagi sukar untuk mendapatkan peluang lebih baik di hadapan gol dalam misi masing-masing hntuk memburu jaringan sulung perlawanan.

Bersambung di separuh masa kedua, baik JDT atau Selangor masing-masing ada membuat pertukaran pemain dengan salah seorang mencuri tumpuan pastinya terarah kepada bintang baharu Harimau Selatan, Heberty Fernandes.

JDT cuba meningkatkan intensiti mereka di bahagian serangan dalam usaha untuk mendapatkan gol sulung, namun segalanya tampak sedikit sukar dengan kesilapan dilakukan mereka sendiri serta kekebalan benteng pertahanan Selangor.

Saat perlawanan memasuki minit 70, Selangor dilihat masih lagi utuh untuk bertahan menyerap segala asakan bertali arus yang dicipta oleh JDT bagi mengelakkan diri mereka daripada dibolosi lawan.

JDT akhirnya memperoleh jaringan sulung mereka menerusi bintang baharu pasukan tersebut iaitu Heberty Fernandes pada penampilan sulung beliau ketika minit ke-78 untuk memberi keceriaan buat penyokong Harimau Selatan.

Sebelum perlawanan tamat, JDT mendapat sepakan penalti selepas ada kekasaran dilakukan oleh pelawat kepada Bergson di dalam petak penalti pada minit ke-92.

Peluang tersebut nyata tidak disia-siakan selepas Bergson berjaya menyempurnakan sepakan tersebut serta menutup terus peluang buat Selangor untuk cuba mencari peluang satu mata di gelanggang lawan.

Keputusan perlawanan kekal sehingga ke wisel penamat dengan JDT terus mengekalkan rekod kemenangan bersi mereka musim ini dalam saingan Liga Super 2023 di halaman sendiri.

Kesebelasan utama

Johor Darul Ta’zim (JDT): Ahmad Syihan Hazmi Bin Mohamed (Penjaga gol), Matthew Thomas Davies, Jordi Amat Maas (Kapten), Nathaniel Shio Hong Wan, Bergson Gustavo Silveira da Silva, Leandro Sebastian Velazquez, Muhammad Feroz Bin Baharudin, Muhammad Akhyar Bin Abdul Rashid, Juan Muniz Gallego, La’vere Lawrence Corbin-Ong, Arif Aiman Bin Mohd Hanapi

Selangor: Samuel Jacob Somerville (Penjaga gol), Yazan Al-Arab, Safuwan Baharudin, Aliff Haiqal Bin Loqman Hakim Lau, Noor Al-Rawabdeh, Brendan Gan Seng Ling (Kapten), Muhammad Mukhairi Ajmal Bin Mahadi, Muhammad Fazly Bin Mazlan, Ayron Del Valle Rodriguez, Sharul Nazeem Bin Zulpakar, Richmond Yiadom Boakye

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN