Kedah Darul Aman (KDA) jelas gagal untuk mencipta kebangkitan dalam aksi Liga Super yang berlangsung sebentar tadi apabila mencatat kekalahan di tangan Negeri Sembilan menerusi keputusan penuh 3-4.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, tuan rumah iaitu Negeri Sembilan jelas begitu tajam di posisi serangan untuk mengajar kelemahan ketara di bahagian pertahanan KDA.
MARC VALESSSS!!!
NEGERI SEMBILAN FC 4 – 3 KDA FC
⚽ 25' Matheus Alves (NSE)
⚽ 45+3' Mahmoud Al-Mardi (KDA FC)
⚽ 58' 69' Gustavo (NSE)
⚽ 65' Sean Selvaraj (NSE)
⚽ 83' Sanrawat Dechmitr (KDA FC)
⚽ 90' Marc Vales (KDA FC)— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) October 8, 2022
Kedua pasukan ini dilihat tampil dengan sedikit berhati-hati pada awal lima minit perlawanan menerusi intensiti permainan yang agak perlahan, dengan bola lebih banyak berlegar di tengah padang.
Pengadil juga terpaksa meniup wisel beberapa kali pada awal perlawanan ini apabila ada kekasaran dibuat membabitkan kedua pasukan tersebut dalam situasi perebutan bola.
Selepas 10 minit perlawanan berlangsung, intensiti kedua pasukan mula meningkat dengan masing-masing melancarkan siri-siri serangan berbahaya untuk mencari gol awal permainan.
Negeri Sembilan akhirnya berjaya membuka jaringan awal perlawanan menerusi Matheus Alves pada minit ke-26 setelah menerima umpanan cantik daripada Yashir Pinto.
25’ GOL | Matheus Alves meletakkan Negeri Sembilan di hadapan!@nsfc1923 1-0 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/gtkzrSoDBK
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 8, 2022
Situasi tersebut berlaku menerusi serangan balas yang dibuat oleh tuan rumah setelah pertahanan KDA jelas berada di kedudukan agak tinggi untuk dimanipulasi Negeri Sembilan.
Layangan kad kuning juga turut menghiasi aksi separuh masa pertama setelah banyak pertembungan fizikal dibuat oleh kedua pasukan untuk menggerakkan bola ke hadapan.
Mahmoud Al-Mardi kembali menyamakan kedudukan buat KDA sebelum wisel separuh masa pertama ditiup, setelah beliau menerima satu hantaran cantik daripada Fayadh Zulkifli untuk menewaskan Ahmad Syihan Hazmi.
Bersambung di separuh masa kedua, tuan rumah jelas lebih mendominasi serangan menerusi beberapa percubaan berbahaya berjaya dilepaskan untuk memburu gol kedua mereka bagi mengatasi KDA.
45+3' GOL | Hantaran Fayadh Zulkifli disudahkan oleh Mahmoud Al-Mardi untuk gol penyamaan Kedah Darul Aman FC!@nsfc1923 1-1 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/phTP3zAJrh
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 8, 2022
Akhirnya pasukan tuan rumah berjaya menemui jaringan kedua yang dicari mereka, setelah ada kesilapan dibuat oleh barisan pertahanan pelawat untuk dieksploitasi oleh Gustavo Almeida bagi meledak gol pada minit ke-58.
Negeri Sembilan terus menambah derita pasukan pelawat pada minit ke-65 menerusi gol yang diledak oleh pemain gantian, Sean Selvaraj, apabila pertahanan KDA sekali lagi tampil serba tidak menyakinkan.
65' GOL | Gol ketiga tuan rumah dijaringkan oleh Sean Selvaraj!@nsfc1923 3-1 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/wW7H8PY9jh
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 8, 2022
Empat minit kemudian, Negeri Sembilan terus berpesta gol pada perlawanan ini menerusi jaringan keempat yang diledak oleh Gustavo Almeida untuk menghukum kealpaan barisan pertahanan pelawat.
Pada minit ke-81, KDA kembali cuba menghidupkan peluang menerusi gol yang diledak oleh pemain tengah mereka, Sanrawat Detchmitr yang sukar dijangka oleh Syihan Hazmi untuk menyelamatkan keadaan.
KDA terus mencipta kebangkitan lewat perlawanan menerusi gol ketiga mereka yang diledak oleh Marc Vales pada minit ke-90 setelah menerima satu hantaran daripada Al-Mardi untuk menghidupkan peluang.
82' GOL | Sanrawat Dechmitr merapatkan kedudukan dengan gol pertamanya untuk skuad Sang Kenari!@nsfc1923 4-2 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/y9EuHloM59
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 8, 2022
Keputusan perlawanan tamat dengan KDA terus mengalami kekalahan kedua berturut-turut setelah kali ini mereka menjadi tewas di tangan Negeri Sembilan dengan keputusan 3-4 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Kesebelasan utama
Negeri Sembilan: Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Penjaga gol), Che Rashid Che Halim, Herold Mark Goulon, Omid David Nazari, Matheus Alves Leandro, Nasrullah Haniff Johan (Kapten), Ahmad Khuzaimi Piee, Saiful Ridzuwan Selamat, Mohamad Zamri Pin Ramli, Yaser Armando Pinto Islame, Gustavo Almeida dos Santos
Kedah Darul Aman (KDA): Mohd Shahril Shaari (Penjaga gol)(Kapten), Rodney Cevin Akwensivie, Marcos Vales Gonzalez, Mahmoud Nayef Ahmad Almardi, Mohd Loqman Hakim Marzuki, Mohamad Heshamudin Ahmad, Wanja Ronald Ngah, Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin, Amirul Azhan Aznan, Dechi Marcel N’Guessan, Sanrawat Detchmitr