Liga Super: JDT Hanya Perlukan 10 Pemain Untuk Benam Kedah

Johor Darul Ta’zim berjaya meneruskan momentum kemenangan mereka dalam saingan Liga Super setelah menjadikan Kedah Darul Aman (KDA) sebagai mangsa baharu mereka di Stadium Darul Aman.

Menerusi keputusan penuh 3-1, JDT dilihat tidak bermasalah untuk mengetepikan cabaran KDA biarpun tampil dengan 10 orang pemain sahaja, setelah Bergson da Silva dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama.

Sebelum perlawanan bermula, para pemain tuan rumah masing-masing memberi laluan kepada pasukan pelawat untuk melangkah ke padang permainan terlebih dahulu sebagai simbolik ‘Guard Of Honour’.

Ianya dibuat sebagai suatu penghormatan buat JDT yang tampil selaku juara saingan Liga Super musim ini setelah mereka mengesahkannya pada perlawanan lalu sewaktu bertemu Negeri Sembilan.

Pada awal perlawanan berlangsung, kedua pasukan dilihat masih lagi mencari-cari rentak mereka dengan intensiti permainan yang agak perlahan dipamerkan.

Belum pun sempat memasuki 10 minit perlawanan, ada layangan kad kuning telah diberikan oleh pengadil perlawanan kepada Natxo Insa serta Rodney Celvin, dengan corak permainan semakin ditingkatkan kedua pasukan.

KDA terlebih dahulu membuka jaringan perlawanan menerusi Ronald Ngah Wanja pada minit ke-13 menerusi larian solo beliau yang berjaya memperdayakan Shahrul Saad sebelum menewaskan Farizal Marlias.

Walaupun JDT mendominasi awal perlawanan, namun sesekali ketika situasi menyerang jelas KDA tampil agak berbahaya untuk memberi masalah buat pertahanan pelawat.

Pada minit ke-35, Bergson akhirnya kembali menyamakan kedudukan buat JDT setelah sebelum itu mereka jelas tidak dapat membuat sebarang percubaan kearah gawang gol tuan rumah.

Pada penghujung separuh masa pertama, sedikit kekecohan berlaku apabila tindakan Bergson mencederakan Rodney Celvin menyebabkan penyerang itu menerima layangan kad merah.

Pada minit ke-57, JDT memperoleh sepakan penalti setelah ada kekasaran dibuat oleh pertahanan KDA kepada Syafiq Ahmad untuk menarik perhatian pengadil perlawanan.

Leandro Velasquez mudah menyempurnakan tugas tersebut dengan sangat baik untuk meletakkan JDT berada di hadapan pada minit ke-59, setelah rembatan beliau sukar diselamatkan Shahril Shaari.

JDT terus menggandakan jaringan gol setelah kesilapan yang dibuat oleh barisan pertahana. KDA membenarkan Afiq Fazail untuk meledak gol ketiga pda minit ke-78.

Walaupun ada beberapa siri kebangkitan cuba dicipta oleh tuan rumah pada penghujung separuh masa kedua, nyata pertahanan JDT bersama ketangkasan Farizal Marlias berjaya menafikan setiap percubaan dibuat oleh KDA.

Keputusan perlawanan kekal tamat dengan KDA gagal untuk mengambil peluang atas kekurangan dihadapi lawan, sebaliknya JDT pula berjaya mendapatkan dua jaringan penting di separuh masa kedua untuk mengesahkan kemenangan mereka.

Kesebelasan utama

Kedah Darul Aman (KDA): Mohd Shahril Shaari (Penjaga gol)(Kapten), Mohd Akmal Md Zahir, Rodney Celvin Akwensivie, Marcos Vales Gonzalez, Mahmoud Nayef Ahmad Almardi, Wanja Ronald Ngah, Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin, Dechi Marcel N’Guessan, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Sanrawat Detchmitr, Muhamad Kamil Akmal Abd Halim

Johor Darul Ta’zim (JDT): Mohd Farizal Marlias (Penjaga gol)(Kapten), Matthew Thomas Davies, Mohd Afiq Fazail, Bergson Gustavo Silveira da Silva, Leandro Sebastian Velasquez, Shane Thomas Lowry, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, La’vere Lawrence Corbin-Ong, Ignacio Insa Bohigues, Shahrul Mohd Saad, Arif Aiman Mohd Hanapi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN