Liga MX Tangguh Semua Perlawanan Selepas Gempa Bumi Landa Mexico

Mexico Clasico Nacional dan semua perlawanan Liga MX yang akan berlangsung pada hujung minggu ini akan ditunda selepas gempa bumi berukuran 7.1 skala ritcher melanda ibu kota dan beberapa negeri di sekitarnya lewat Selasa lalu.

Lebih daripada 200 mangsa telah disahkan terkorban setakat ini akibat runtuhan bangunan. Operasi mencari dan menyelamat serta kerja-kerja pembersihan dilaporkan masih giat dijalankan di bandar-bandar yang terkesan.

Liga MX terpaksa mengumumkan penangguhan perlawanan semalam, dengan kenyataan “ini adalah masa untuk menghulurkan bantuan”; merujuk kepada usaha-usaha menyelamat yang sedang dijalankan.

(Photo by Daniel Cardenas/Anadolu Agency/Getty Images)

Keputusan itu diambil selepas mendapat nasihat daripada majlis perbandaran tempatan, kerajaan negeri dan pusat serta agensi-agensi kerajaan yang lain.

Pengumuman keputusan tersebut turut disusuli dengan jadual baru perlawanan. Perlawanan yang sepatutnya diadakan pada minggu ini akan diadakan pada 17 dan 18 Oktober akan datang.

Manakala perlawanan pusingan 16 pasukan Copa MX yang tidak dapat diadakan pada awal minggu ini, akan diadakan pada 24 dan 25 Oktober.

Club America sepatutnya dijadualkan untuk menjadi tuan rumah kepada Club Leon dalam satu perseteruan panas dan yang dinanti-nantikan oleh kedua-dua penyokong di Estadio Azteca pada Sabtu ini. Lebih daripada 70,000 penyokong daripada kedua-dua buah kelan dijangka akan memenuhi stadium.

(Photo credit should read ALFREDO ESTRELLA/AFP/Getty Images)

Namun demikian pihak America mahukan penguatkuasa dan polis terus memberikan usaha pembersihan yang sedang dijalankan. Malah kelab tersebut turut mengumumkan pemain dan staff kejurulatihan, termasuk pengurus Miguel Herrera akan menjadi sukarela dalam operasi pihak berkuasa.

Hasil kutipan tiket perlawanan selepas perlawanan ia diadakan semula akan disumbangkan untuk tujuan pembinaan semula kerosakan akibat gempa bumi ini.

Banyak kelab Mexico telah menggunakan stadium dan kemudahan lain yang dimiliki mereka untuk menjadi pusat pengumpulan barang-barang keperluan untuk diedarkan kepada mangsa gempa bumi.

(Photo by Rafael S. Fabres/Getty Images)

Perlawanan Copa MX yang turut ditanggukan ke Oktober ditunda, selepas gempa bumi melanda beberapa jam sebelum sepak mula.

Edson Alvarez dan juga Alejandro Diaz adalah antara pemain America yang akan membantu mengumpul barang-barang keperluan.

“Hari ini ia bukan berkenaan warna jersi, kejuaraan yang pernah dimenangi atau apa pun perkara yang berkaitan. Hari ini kita semua adalah warga Mexico. Oleh itu, kita harus bekerjasama untuk memberikan bantuan,” ujar Diaz.

Alvarez turut senada dengan rakan sepasukannya itu.

“Kita harus bersama-sama sekarang. Seorang warga Mexico, tidak akan meninggalkan seorang lagi Mexico di belakang. Kita harus tampil untuk membantu dan menyertai mana-mana usaha pihak berkuasa untuk memulihkan keadaan,” jelas Alvarez.

Sumber:

1. Tom Marshall, ESPN FC (2017): Liga MX matches postponed after devastating earthquake in Mexico; http://www.espnfc.com/mexican-liga-mx/story/3209342/liga-mx-matches-postponed-after-devastating-earthquake-in-mexico

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN