Tammy Abraham Buat Keputusan Wakili Skuad Kebangsaan Nigeria

Tammy Abraham

Tammy Abraham dilaporkan akan memilih untuk mewakili skuad kebangsaan Nigeria.

Penyerang muda Chelsea yang kini dipinjamkan ke Swansea City itu dinilai sebagai salah seorang bakat muda yang mempunyai masa depan cerah di Englad.

Pemain berusia 19 tahun itu berjaya menjaringkan 26 gol dalam 48 penampilannya musim lalu ketika dipinjamkan ke Bristol City dan pernah beraksi bersama skuad remaja England sebelum ini.

Beliau juga merupakan antara pemain utama bagi pasukan B-21 England pada Kejuaraan Eropah B-21 yang berlangsung di Poland bulan Jun lalu.

Namun, pemain kelahiran Chamberwell, London itu merancang untuk berbakti buat negara kelahiran ibu bapanya iaitu Nigeria. Satu keadaan yang mungkin sedikit merugikan England.

Berita itu disahkan sendiri oleh Presiden Bola Sepak Nigeria, Amaju Pinnick yang juga merupakan sahabat kepada ayah Abraham yang memberitahu kepada The Sun: ”Saya telah mengadakan perbincangan yang sangat jujur ​​dan produktif dengan Tammy dan ayahnya minggu lalu.”

“Ini merupakan satu proses yang lama tetapi saya boleh memberitahu anda secara sah bahawa dia (Abraham) telah bersetuju untuk bermain untuk Nigeria dan bukannya England.”

“Dia dan ibu bapanya telah memulakan dokumen yang diperlukan untuk perkara ini. Jelas dia memahami bahawa dia mempunyai peluang yang lebih baik bermain untuk Super Eagles.”

Tammy Abraham
SWANSEA, WALES – SEPTEMBER 10: Tammy Abraham of Swansea City goes around Rob Elliot of Newcastle United during the Premier League match between Swansea City and Newcastle United at The Liberty Stadium on September 10, 2017 in Swansea, Wales. (Photo by Athena Pictures/Getty Images)

“Dengan bakatnya, dia mempunyai keupayaan untuk merebut tempatnya dalam skuad Nigeria, oleh rahmat Tuhan membawa kami ke Russia, maka dia akan merebut peluang untuk mewakili tanah airnya.”

Pinnick dan bapa Abraham membesar bersama-sama di Warri yang merupakan bandar di selatan Nigeria.

Pinnick juga tanpa berselindung mengatakan bahawa hubungan rapat beliau bersama ayah Abraham juga menyebabkan perkara tersebut berjaya.

Beliau berkata: “Saya sering berkata bahawa hubungan saya dengan bapanya akan membantu dan jadi penting untuk saya bercakap dengan mereka bersama-sama.”

“Mereka gembira dengan prospek bermain untuk Nigeria.”

“Sudah tentu semua orang di England dapat melihat apa yang Victor Moses dan Alex Iwobi telah capai dengan Nigeria.”

“Kita mesti menunggu kerana tidak begitu mudah berurusan dengan FIFA. Tetapi yang penting ialah kami telah berjaya mendapatkan khidmat Tammy.”

Misi seterusnya bagi Pinnick adalah untuk mendapatkan khidmat adik kepada Tammy Abraham iaitu Timmy Abraham yang kini beraksi untuk pasukan B-18 Fulham. Timmy kini baru berusia 16 tahun.

Sumber :

Talksport (2017) – https://talksport.com/football/london-born-tammy-abraham-turn-back-england-and-play-nigeria-claims-president-nigeria

The Sun (2017) – https://www.thesun.co.uk/sport/football/4511682/tammy-abraham-nigeria-england-chelsea-swansea/

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN