Quantcast

KOMUNITI

Puchong Fuerza FC Jaring 2 Gol Lewat Untuk Ikat Naga FC 3-3

Seri 3-3. Itulah keputusan perlawanan ke-5 Selangor Champions League 2017 diantara pasukan Puchong Fuerza FC dan Naga FC. Perlawanan dramatik ini menyaksikan Feurza terpaksa menunggu hingga minit terakhir untuk mengejar Naga selepas ketinggalan 3-1.

Bermula separuh masa pertama, Naga yang merupakan pasukan pilihan ramai untuk menjuarai perlawanan kali ini seakan-akan lambat ‘panas’.

Mereka kemudiannya dihukum seawal minit ke-9 perlawanan selepas lorongan cantik pemain tengah Fuerza berjaya menewaskan 3 pemain pertahanan Naga dan disudahkan baik penyerang utama mereka Nazrin Zulgafli.

Tersentak dengan gol awal, Naga pantas bangkit mencari jaringan penyamaan. Hasilnya pada minit ke-21, Naga dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain penyerang mereka dijatuhkan.

S. Gawsigan mudah menewaskan penjaga gol Fuerza menjadikan kedudukan 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Masuk babak kedua, kedua-dua pasukan bemain dengan corak permainan ‘high tempo’ dan banyak hantaran-hantaran pendek dilakukan kedua-dua pasukan. Serangan bertali arus turut dilancarkan kedua-dua pasukan.

Namun kelicikan dan juga kepantasan pemain sayap Naga, K. Aathishesaan berjaya menewaskan pertahanan kiri Feurza dan melakukan satu lorongan cantik kepada K. Dhanraj untuk gol kedua Naga.

Naga terus menambah derita Fuerza apabila sekali lagi Aathishesaan berjaya meloloskan diri sekaligus meletakkan Naga dua gol dihadapan pada minit ke-52 perlawanan.

Feurza mula menukar strategi dengan mempamerkan permainan yang lebih teratur dan keras dan hasilnya berjaya mendapat gol kedua sekali lagi melalui penyerang sesasi mereka Nazrin Zulgafli.

Seakan-akan Naga akan membawa pulang 3 penuh perlawanan kali ini, Fuerza berjaya menafikan kemenangan Naga apabila Nor Arisam Arifuddin menandukkan masuk gol penyamaan Fuerza menjadikan keputusan kekal 3-3 hingga tamat perlawanan.

Pada perlawanan seterusnya, Fuerza akan turun menentang Ingress FC. Manakala Naga FC bakal menentang pasukan ATY Serayan.