4 Pemain Import Kedah Bakal Lapor Diri Minggu Ini, Kelantan Ikat Fauzi Roslan

Memasuki tahun 2019, para pasukan di Liga Malaysia kini rancak dalam usaha untuk menyiapkan pasukan mereka dengan membawa muka-muka baharu.

Hal ini termasuklah dengan pasukan Kedah yang bakal menerima kehadiran 3 pemain import baharu untuk mengisi kouta pemain luar dalam saingan Liga Malaysia.

Kedah yang mengalami musim sukar pada tahun ini akan menyambut kehadiran 3 pemain baharu mereka iaitu Fernando Rodriguez, Anmar Al-Mubaraki dan juga Renan Alves.

Rodriguez dan Anmar akan tiba di Kedah pada 27 Disember bersama-sama dengan pemain import dari Singapura iaitu Shakir Hamzah yang sudah sah bersama mereka tempoh hari.

Sementara Alves akan menyertai kem Kedah pada 28 Disember.

Kedah turut memberi bayangan yang mereka dalam usaha untuk memenuhkan kouta ke-5 bagi pemain import mereka namun ianya akan diumumkan kemudian.

Situasi ini menyaksikan pasukan Kedah sudah bersedia untuk beraksi dengan wajah baharu dan memulakan era pasca Liridon Krasniqi dan juga Sandro Da Silva.

Sementara itu, pasukan Kelantan juga memperkuat pasukan mereka dengan mendapatkan penyerang baharu dan seorang penjaga gol.

Bekas penyerang prolifik Pahang, Fauzi Roslan kini menyertai juara Piala Malaysia 2012 itu bersama-sama dengan seorang lagi bekas pemain Pahang iaitu Saufi Muhammad.

Kelantan bakal jadi pasukan ke-5 Fauzi selepas pada musim lalu berkhidmat buat pasukan Melaka United.

Sementara bagi Saufi, Kelantan bakal menjadi pasukan ke-4 buat dirinya selepas bersama Shazan Muda pada musim 2018.

Semoga berjaya buat semua pemain yang menyertai pasukan baharu mereka. Diharap dengan kehadiran mereka dapat menambah kemeriahan liga kita musim hadapan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN