Rafael Benitez: “Satu Keajaiban Jika Newcastle United Dapat Kekal Di Premier League”

Pengurus Newcastle United, Rafael Benitez berasakan ianya merupakan satu keajaiban sekiranya pasukannya berjaya untuk mengelak daripada tersingkir dari saingan Premier League.

Menurut laman Sky Sports, Benitez memberikan isyarat jelas kepada penyokong Newcastle United yang jangan diimpikan penyudah musim yang gemilang seperti yang diperoleh mereka pada musim lalu.

Musim lalu menyaksikan Newcastle United menamatkan saingan liga ditangga ke-10.

Benitez memberikan gambaran yang pasukannya akan menghabiskan saingan musim ini dengan hanya di kelompok 10 pasukan terbawah sahaja.

“Kita perlu realisitik dengan perkara ini dan kami akan duduk di kedudukan 10 terbawah sepanjang musim ini.”

“Pada saya, perkara ini (penyingkiran dari Premier League) sudah semakin menjadi nyata. Tetapi jika kami berjaya melakukan lebih baik berbanding 3 pasukan terbawah pada saya ianya satu keajaiban.”

HUDDERSFIELD, ENGLAND – DECEMBER 15: Rafael Benitez, Manager of Newcastle United gives his team instructions during the Premier League match between Huddersfield Town and Newcastle United at John Smith’s Stadium on December 15, 2018 in Huddersfield, United Kingdom. (Photo by Gareth Copley/Getty Images)

Benitez berkata demikian selepas beliau rasakan semakin sukar untuk bersaing dengan setiap pasukan yang berbelanja besar setiap musim.

Sedangkan pasukannya langsung tidak berbelanja.

“Saya ingin cuba sampaikan kepada anda, untuk sedar dimana kami berada sekarang, sedar apa yang kami perlu lakukan dan jika kami berjaya lakukan dengan baik. Kami boleh dapat kedudukan ke-10 atau apa-apa saja.”

“Tapi jika kami berfikiran yang kami akan tewaskan pasukan yang setiap daripadanya berbelanja £100 juta ketika jendela perpindahan musim panas, dan tewaskan mereka dengan cukup mudah – maka kami silap 100 peratus.”

Benitez sendiri tidak dapat memberikan bayangan sama ada beliau akan diberikan dana untuk mendapatkan pemain pada jendela perpindahan Januari ini.

Jika keadaan berlaku seperti biasa, beliau tidak akan punya sebarang wang untuk dibelanjakan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN