Ramos Mahu Dirinya Lebih Dihormati Selepas Terima Sorakan Boo Di Piala Dunia Kelab

Pemain Real Madrid, Sergio Ramos mendambakan dirinya untuk menerima lebih banyak hormat daripada orang ramai.

Hal ini kerana, beliau menyifatkan dirinya dilayan dengan tidak baik sekali ketika bersama-sama Real Madrid dalam usaha memenangi Piala Dunia Kelab yang ketiga berturut-turut.

Menurut laman Independent, Ramos mengatakan layanan yang diterima beliau ketika di Abu Dhabi sememangnya teruk apabila penyokong lawan akan memberikan sorakan boo kepada dirinya setiap kali Real Madrid beraksi.

Hal ini dipercayai berpunca hasil dari semangat solidariti penyokong tempatan terhadap Mohamed Salah yang menjadi mengalami kecederaan ketika perlawanan akhir UEFA Champions League musim lalu kerana Ramos.

“Saya faham. (sorakan boo yang ditujukan kepada beliau)”

“Sorakan boo yang diberikan itu melampau. Pada saya, anda patut menghormati orang-orang dalam bola sepak ini.”

ABU DHABI, UNITED ARAB EMIRATES – DECEMBER 22: Sergio Ramos of Real Madrid celebrates after scoring his team’s third goal during the FIFA Club World Cup UAE 2018 Final between Al Ain and Real Madrid at the Zayed Sports City Stadium on December 22, 2018 in Abu Dhabi, United Arab Emirates. (Photo by Francois Nel/Getty Images)

Walaupun mengharungi detik sukar di Abu Dhabi kerana layanan buruk penyokong tempatan terhadap beliau, Ramos tetap gembira kerana pasukannya muncul juara.

Real Madrid menewaskan Al-Ain dengan jaringan mudah 4-1 dengan Ramos sendiri turut menjaringkan gol untuk gergasi Sepanyol itu.

3 lagi gol dihasilkan oleh Luka Modric, Marcos Llorente dan juga gol sendiri oleh Yahia Nader.

Sementara gol tunggal Al-Ain dihasilkan oleh Tsukasa Shiotani.

ABU DHABI, UNITED ARAB EMIRATES – DECEMBER 22: General view as Sergio Ramos of Real Madrid lifts the FIFA Club World Cup Trophy following the FIFA Club World Cup UAE 2018 Final between Al Ain and Real Madrid at the Zayed Sports City Stadium on December 22, 2018 in Abu Dhabi, United Arab Emirates. (Photo by Francois Nel/Getty Images)

Ia merupakan satu pengubat kepada duka yang dihadapi oleh Real Madrid kerana mengharungi musim yang tidak begitu baik pasca era Cristiano Ronaldo.

Dari sudut saingan tempatan, mereka jelas ketinggalan di belakang musuh utama – Barcelona.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN