Liga Europa 2018/19: Chelsea Tiada Masalah Jinakkan Dynamo Kiev

Chelsea

Wakil England, Chelsea memperoleh kemenangan bergaya pada aksi pertama peringkat 16 terbaik Liga Europa 2018/19 selepas menang mudah 3-0 bertemu Dynamo Kiev di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Beraksi di laman sendiri ternyata memberikan kelebihan buat skuad bimbingan Maurizio Sarri untuk meraih kemenangan.

Chelsea yang mengasak ke kubu pasukan pelawat sejak awal permainan berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-17 menerusi Pedro Rodriguez.

Pemain sayap lincah itu menyempurnakan gerakannya bersama Olivier Giroud dalam kawasan penalti yang kemudiannya berjaya menewaskan penjaga gol lawan, Denys Boyko.

LONDON, ENGLAND – MARCH 07: Willian of Chelsea scores his team’s second goal during the UEFA Europa League Round of 16 First Leg match between Chelsea and Dynamo Kyiv at Stamford Bridge on March 07, 2019 in London, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Chelsea terus bernafsu bagi menambah jaringan, namun keputusan 1-0 itu kekal hingga tamat separuh masa kedua.

Seorang lagi pemain sayap Chelsea, Willian meledakkan sepakan percuma cantik pada minit ke-65 yang tidak mampu dihalang Boyko untuk melebarkan kedudukan buat The Blues.

Masih tidak cukup dengan dua jaringan tersebut, Chelsea terus menghukum skuad yang dibimbing Aleksandr Khatskevich itu dan kali ini giliran pemain muda, Callum Hudson-Odoi meletakkan nama selaku penjaring pada minit ke-90.

Pemain muda berpotensi besar itu mudah melepaskan percubaan yang menewaskan Boyko setelah beliau menerima hantaran daripada Ruben Loftus-Cheek dalam kawasan penalti.

Kedua-dua pasukan akan berentap di Kiev, Ukraine pada 15 Mac ini dan Chelsea dilihat tidak berdepan masalah untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN