Kelab Canadian Premier League Tandatangani Issey Nakajima

Bekas pemain Terengganu dan Pahang, Issey Nakajima Farran telah menyertai kelab Canadian Premier League (CPL). Kelab yang mendapatkan khidmat beliau ialah Pacific FC.

Issey Nakajima sebenarnya berasal dari Calgary, Kanada. Perpindahan ini umpama belut pulang ke lumpur.

Bantuan pengalaman

Beliau pernah menjadi pemain di Australia dan Greece. Mantan pemain kebangsaan Kanada ini juga pernah beraksi di dalam saingan Major League Soccer (MLS).

Kelab MLS yang pernah diwakilinya ialah Toronto dan Montreal Impact yang berlokasi di Kanada.

Kelab terakhir diwakili pemain yang penuh warna-warni ini ialah Pahang.

Sempat mencoret kanvas

Mungkin ada daripada kalangan kita sudah mengetahui beliau mempunyai hobi melukis. Beliau telah membantu tim media Pacific FC dengan menyerlahkan bakat melukis di atas kanvas.

Beliau melukis logo rasmi Pacific FC di atas kanvas. Menurut coretan di akaun Instagramnya, lukisan itu akan dilelong dan hasil lelongan itu akan diberikan kepada badan kebajikan.

Semasa ditemuramah oleh media kelab, beliau meluahkan bahawa beraksi di hadapan keluarga dan rakan-rakan di tanah air sendiri merupakan peluang terbaik dalam kerjayanya.

Beliau kini berusia 34 tahun.

Pacific FC?

Kelab ini ditubuhkan pada tahun lalu (2018). Kelab ini bakal beraksi di dalam saingan CPL.

Kelab ini beraksi di Langford, Greater Victoria, Kanada. Semasa kelab ini dibentuk, pengurusan telah meletakkan Issey Nakajima sebagai sasaran utama untuk diambil sebagai pemain.

CPL dijangka memulakan aksi sulung dalam sejarah mereka pada April ini. Sebanyak 7 kelab telah mengesahkan penyertaan untuk musim sulung termasuklah Pacific FC.

Namun begitu, kelab-kelab yang bermain di MLS tidak menempatkan pasukan dalam liga yang baru dilahirkan ini. Mungkinkah CPL akan bersaing dengan MLS pada masa hadapan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN