Rennes Benam Arsenal 3-1, Ben Arfa Jelaskan Kenapa Beliau Ketawakan Unai Emery

Ben Arfa

Semua orang tahu hubungan Hatem Ben Arfa dan Unai Emery tidak begitu baik. Ben Arfa beberapa kali mengkritik dan menyindir Unai Emery secara terbuka ketika di PSG sebelum ini.

Ben Arfa kecewa kerana mendakwa Unai Emery menipunya. Unai Emery memujuk beliau untuk menyertai PSG namun selepas itu tidak memberikan peluang kepada pemain itu untuk bermain.

Sehinggakan penyokong PSG melancarkan kempen untuk mendesak Unai Emery menurunkan Ben Arfa agar pemain itu dapat memenuhi syarat menjadi pemenang Ligue 1.

Malah pada bulan lalu, Ben Arfa menjelaskan beliau boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas PSG kerana tindakan Unai Emery membuatkan beliau hilang banyak pendapatan.

 

Dalam aksi di antara Rennes dan Arsenal di Park, Ben Arfa kelihatan ketawa melihat Unai Emery. Lantas media menganggap Ben Arfa sedang mentertawakan Unai Emery sebagai balas dendam. Ini selepas Arsenal tewas 3-1 di tangan Rennes.

Dalam aksi menentang Arsenal pada malam hari jadi beliau – Ben Arfa membantu pasukannya untuk bangkit menewaskan Arsenal.

Arsenal terlebih dahulu di hadapan menerusi Iwobi pada mini ke-3. Kebangkitan Rennes bermula selepas Sokratis dibuang padang pada minit ke-41 kerana kad kuning kedua selepas mengasari Ismaila Sarr.

Bourigeaud menyamakan kedudukan pada minit ke-42 menerusi sepakan percuma.

Pada separuh masa kedua, Nacho Monreal tertampan bola masuk ke gawang sendiri. Sebelum wisel penamat, Ismaila Sarr menjaringkan gol ke-3.

Ben Arfa kemudian menjawab soalan wartawan sama ada beliau mentertawakan Unai Emery kerana dendam?

Ben Arfa menyatakan beliau tidak mentertawakan Unai Emery kerana memperlekehkan pengendali Arsenal itu. Sebaliknya beliau ketawa kerana melihat Unai Emery masih orang yang sama seperti beliau kenali sebelum ini.

Ben Arfa mengakui beliau memang mahu membalas dendam ke atas Unai Emery namun dengan aksi profesional di atas padang dan ianya tiada kaitan dengan aksi ketawa beliau.

Ben Arfa berkata: “Motivasi saya adalah untuk bermain dengan baik dan cuba meletakkan pasukan ini dalam kedudukan terbaik untuk mara. Itulah yang ada di dalam fikiran saya.”

“Saya melihat perkara yang sama pada Emery. Beliau sentiasa bersemangat seperti biasa. Saya menoleh kepada beliau beberapa kali dan kelakuan beliau membuatkan saya tergelak kecil. Beliau masih tidak berubah.”

Ben Arfa menjelaskan beliau memang yakin Rennes akan menang dan hampir melakukan ramalan yang tepat.

“Saya memberitahu beberapa rakan saya bahawa kami akan menang 3-1 atau 4-1. Kami hampir dapat 4 namun ramalan saya boleh dikira tepat.”

Pengendali Rennes, Julian Stephan enggan terlalu terbuai buai dengan kejayaan ini kerana masih ada perlawanan timbal balik di Emirates selepas ini. Beliau menegaskan Arsenal masih pasukan pilihan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN