Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) kini semakin berkembang, kali ini dengan penganjuran Liga Bola Sepak Rakyat Wanita (LBRW) bermula bulan Februari ini.
Ini merupakan salah satu cara terbaik untuk mengembangkan dunia bola sepak wanita di negara ini serta memberi peluang untuk mana-mana pemain bola sepak wanita untuk menayangkan skil bola sepak mereka.
Saingan bermula!
Menurut sumber Arena Harimau Malaysia, saingan yang bermula pada hari ini menyaksikan sebanyak 15 pasukan bertanding dalam format 4 kumpulan.
Kesemua pasukan akan dibahagikan dalam 4 kumpulan dengan di dalamnya terdapat 4 pasukan.
Hanya kumpulan C sahaja akan mempunyai 3 pasukan sahaja.
15 pasukan pasukan tersebut adalah:
- Bintulu (Sarawak)
- Batang Padang (Perak)
- Jeonsa (Selangor)
- UiTM FC (Perlis)
- Sekolah Sukan Sabah (Sabah)
- Batu Gajah (Perak)
- Tangjong Malim (Perak)
- Kota Setar (Kedah)
- Sibu (Sarawak)
- FELDA
- Sri Sador FC (Kelantan)
- Kerian (Perak)
- Samarahan (Sarawak)
- Al Astana FC (Pahang)
- USM FC (Kelantan)
Mereka akan bermain secara format round-robin sebelum bermain di pusingan kalah mati selepas tamat proses peringkat kumpulan.
Berikut adalah senarai kumpulan dalam LBRW musim ini:
- Kumpulan A: Bintulu, Sekolah Sukan Sabah, Samarahan, Sibu
- Kumpulan B: Batang Padang, Batu Gajah, FELDA, Al Astana FC
- Kumpulan C: Jeonsa, Tanjong Malim, Sri Sador FC
- Kumpulan D: UiTM FC, Kota Setar, Kerian, USM FC
Liga yang dilangsungkan dalam format 1 pusingan ini akan dilangsungkan di 4 lokasi sahaja. Dengan 1 kumpulan mempunyai 1 lokasi perlawanan:
- Kumpulan A: Padang UPM, Bintulu
- Kumpulan B: Padang Kem Renjer, Ipoh
- Kumpulan C: Padang Jeonsa, Kuala Lumpur
- Kumpulan D: UiTM Arau, Perlis
Penganjuran LBRW ini diharap dapat membantu skuad wanita negara memilih para pemain terbaik untuk diserapkan ke skuad negara.
Ini merupakan salah satu cara untuk mencari bakat-bakat baharu untuk dibawah ke skuad kebangsaan dan juga sebagai persediaan untuk dalam misi ke Piala Asia Wanita 2022.
Mak & anak bergabung
Salah satu tarikan dalam saingan LBRW musim ini adalah keunikan yang ditampilkan oleh pasukan dari Kelantan apabila pasukan tersebut melibatkan ibu dan anak perempuannya bermain sekali di dalam skuad yang sama!
Sabarina Setapha yang berusia 40 tahun merupakan kepada ibu kepada Shahiera Balqish Hamidi yang berusia 18 tahun akan bermain bersama-sama dalam musim sulung LBRW ini!
Sabarina merupakan pemain pertahanan tengah untuk pasukannya manakala Shahiera pula akan beraksi di bahagian sayap.
LBRW bermula pada hari ini, jangan lupa pergi ke perlawanan di lokasi berdekatan.
Semoga berjaya buat semua pasukan yang bertanding!
Baca juga: Tony Fenandez Taja Ong Kim Swee Untuk Berguru Di Kota London