Previu Fantasy Premier League 2016/2017: Minggu 24

Previu Fantasy Premier League kembali lagi minggu ini untuk previu minggu 24.

Jom kita lihat apa pilihan dari scout kami minggu ini!

Penjaga gol

Scout kami amat menggemari penjaga gol dari Burnley iaitu Tom Heaton.

Beliau kini di dalam prestasi terbaik beliau jadi memilih beliau ke dalam skuad FPL anda mungkin satu pilihan tepat.

Kenapa kami katakan mungkin? Kerana Burnley menghadapi perlawanan sukar minggu apabila pasukan mereka bertandang ke tempat Watford.

Burnely merupakan antara pasukan paling lemah di Premier League musim ini apabila bermain di tempat lawan.

Selain itu Jeol Robles (Everton) juga berada dalam prestasi terbaik untuk diserap masuk ke dalam skuad FPL anda.

Everton akan menentang Bournemouth di laman sendiri minggu ini, namun begitu beliau ada potensi untuk digantikan dengan Maarten Stekelenburg.

Selain dari mereka anda boleh mendapatkan Ben Foster (West Bromwich Albion) dan juga Darren Randolph (West Ham United).

Pertahanan

Danny Rose (Tottenham Hotspur) berada dalam prestasi terbaik beliau musim ini. Mengikut jangkaan kami, beliau tidak akan mempunyai masalah untuk mengulangi prestasi beliau ketika menentang Middlesbrough minggu ini.

Hal ini kerana beliau bermain di laman sendiri menentang Middlesbrough yang mempunyai rekod yang tidak baik di tempat lawan serta terumbang-ambing dengan prestasi semasa sekarang ini.

Selain itu, kami cadangkan anda Marcos Alonso (Chelsea) dan juga Chris Brunt (West Bromwich Albion).

Pemain tengah

Alexis Sanchez (Arsenal) kini adalah pilhan kami untuk di bahagian tengah kali ini.

Walaupun tewas pada musim lalu, beliau berada dalam prestasi terbaik beliau ketika ini berbanding dengan pemain Arsenal yang lain.

Dele Alli (Tottenham Hotspur) juga menjadi pilihan kami. Rekod jaringan beliau yang menarik perhatian kami menyakinkan kami untuk memilih beliau minggu ini.

Beliau kini sudah menjaringkan 8 gol dari 7 perlawanan terakhir beliau.

Selain Sanchez dan Alli, kami memilih Christian Eriksen (Tottenham Hotspur).

Penyerang

 

 

Harry Kane (Tottenham Hotspur) menjadi pilihan kami minggu ini berdasarkan prestasi semasa beliau.

6 gol dari 6 perlawanan memberikan sebab kenapa beliau adalah calon pilihan minggu ini di barisan hadapan.

Jika anda mahukan penyerang yang sedikit murah harganya, Andy Carroll (West Ham United) merupakan pilihan tepat.

Rekod Carroll ditempat lawan cukup baik apabila beliau menjaringkan 3 gol dari 3 perlawanan terakhir di WHU di tempat lawan.

Jika anda ingin cuba pemain baharu, Gabriel Jesus (Manchester City) adalah pilihan tepat.

Gol pertama beliau bersama Manchester City memberikan keyakinan kepada beliau untuk terus beraksi baik pada perlawanan seterusnya menentang Swansea City di laman sendiri minggu ini.

Pilihan kapten

  • Marcos Alonso (Chelsea)
  • Dele Alli (Tottenham Hotspur)
  • Harry Kane (Tottenham Hotspur)

Senarai kecederaan

  • Santi Carzola (Arsenal)
  • Frazier Campbell (Crystal Palace)
  • Ryan Mason (Hull City)
  • Gaston Ramirez (Middlesbrough)
  • Erik Lamela (Tottenham Hotspur)

Senarai pergantungan

  • Papy Djilobodji (Sunderland)
  • Granit Xhaka (Arsenal)

Baca juga: Liga Bola Sepak Rakyat Wanita Buka Platform Untuk Kaum Hawa Bermain Bola!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN