Tony Fernandez Taja Ong Kim Swee Untuk Berguru Di Kota London

Pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee akan berlepas ke London pada 7 Februari ini.

Ianya selepas pemilik Queens Park Rangers, Datuk Tony Fernandez melalui Air Asia Group bersetuju untuk menaja perjalanan beliau dalam program kejurulatihan.

Datuk Ong Kim Swee juga bersama-sama dengan pembantu beliau iaitu Brad Maloney akan menambahkan lagi ilmu kejurulatihan mereka di sana.

Ia antara langkah pro aktif Datuk Tony Fernandez lakukan untuk membantu bola sepak Malaysia dari segi sudut teknikal.

Setiausaha Agung FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin menyatakan, kedua-dua jurulatih ini akan melalui pelbagai program khas ketika di sana.

sumber foto: FAM

Wisma FAM juga sudah mendapat lampu hijau daripada Pengarah Sukan QPR, Les Ferdinand untuk memberikan akses kepada Ong Kim Swee dan Brad Maloney meninjau lebih dekat operasi kelab tersebut.

Ianya termasuk pengurusan akademi dan corak pengurusan latihan pasukan utama QPR yang dikendalikan oleh Ian Holloway.

Hamidin berkata, mereka optimis Datuk Ong Kim Swee akan belajar banyak daripada sesi yang berlangsung sekitar sebulan itu. Ia akan berakhir pada 8 Mac 2017.

Tambah Hamidin lagi:

“Ong Kim Swee boleh mengambil kesempatan untuk belajar dari Ian Holloway cara kaedah latihan, pengurusan taktikal dan persiapan sebelum perlawanan.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun menyatakan ini adalah permulaan kepada jalinan kerjasama antara FAM dan QPR.

Kerjasama ini turut akan melibatkan penghantaran jurulatih dan pemain untuk berguru di QPR.

Datuk Kamarudin Meranun juga mengesahkan QPR akan membantu pembangunan akar umbi bola sepak Malaysia.

Ianya dengan menghantar pakar pembangunan bola sepak peringkat remaja dari QPR datang ke Malaysia.

Datuk Kamarudin menambah lagi:

“Kerjasama jangka panjang ini adalah salah satu sumbangan ikhlas kami dalam membantu perkembangan bola sepak Malaysia.”

Datuk Ong Kim Swee berterima kasih dengan peluang yang diberikan oleh QPR.

Beliau mahu menjadikan program ini sebagai input berguna dengan melihat dengan lebih dekat sebuah kelab bola sepak profesional diuruskan.

Datuk Ong Kim Swee juga tidak sabar-sabar untuk belajar dari QPR cara membangunkan bakat muda dari dalam padang sehinggalah ke luar padang.

Datuk Ong Kim Swee dalam proses persediaan untuk menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2019.

Beliau juga mengesahkan akan mengumumkan senarai panggilan skuad kebangsaan pada 18 Mac 2017 untuk menghadapi Filipina dan kelab China di Beijing selepas itu.

Malaysia kemudian akan bermain dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 untuk kumpulan B.

Malaysia akan membuka kempen kelayakan menentang Korea Utara di Pyongyang pada 28 Mac 2017.

Kami ucapkan selamat jalan kepada Datuk Ong Kim Swee. Terima kasih juga kepada kumpulan Air Asia yang berusaha membantu bola sepak negara.

Baca juga: Kelayakan Piala Asia: Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan Tentangan Kita!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN