Leonardo Sahkan Thiago Silva, Edinson Cavani Bakal Tinggalkan PSG

Leonardo Thiago Silva

Pengarah Bola Sepak Paris Saint-Germain (PSG), Leonardo mengesahkan bahawa dua pemain berpengalaman, Thiago Silva dan Edinson Cavani bakal meninggalkan kelab tersebut pada penghujung musim ini.

Kedua-dua pemain tersebut juga bakal bergelar ejen bebas apabila kontrak mereka akan tamat pada akhir bulan Jun nanti. Bagaimanapun, PSG berharap agar mereka dapat terus kekal bersama PSG sehingga tamat kempen Liga Juara-Juara Eropah, Coupe de France dan Coupe de la Ligue.

Seperti diketahui, Thiago Silva berperanan sebagai pertahanan kental serta ketua pasukan manakala Cavani pula adalah merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman buat PSG dengan 200 gol dihasilkannya.

Kedua-dua pemain juga telah membuat lebih daripada 300 penampilan dalam semua pertandingan yang disertai PSG di mana Thiago Silva dengan 310 perlawanan manakala Cavani melakukan 301 penampilan.

‘”Cavani dan Thiago Silva? Ya, [hubungan] kami akan sampai ke penghujungnya,” ujar Leonardo menurut laporan Goal.

”Ideanya adalah untuk terus bermain dengan mereka sehingga penghujung Ogos ini.”

”Ia merupakan satu keputusan yang sangat sukar untuk dibuat. Kedua-dua pemain ini telah melakarkan sejarah buat kelab. Kisah yang cukup indah tetapi ya, hubungan kami akan sampai ke penghujung.”

”Kami harus membuat keputusan yang logik, dari segi ekonomi dan berkenaan dengan generasi [pemain] yang akan datang.”

”Mungkin kami juga salah, saya tidak tahu, tiada ada saat yang sempurna. Kini, Liga Juara-Juara Eropah masih lagi dalam jangkauan kami dan cadangannya adalah untuk mereka beraksi dengan kami sehingga akhir bulan Ogos.”

”Bagaimana ia mampu direalisasikan masih belum jelas [secara sah],” tambah Leonardo lagi.

Kredit featured image: Jean Catuffe/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai kedua-dua pemain ini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN