Carlo Ancelotti Tidak Berminat Dengan Spekulasi Mengenai Edinson Cavani Ke Napoli

Cavani

Khabar angin mengenai Edinson Cavani yang dikaitkan untuk kembali ke pangkuan bekas kelabnya, SSC Napoli jelas kedengaran ketika ini.

Hal ini kerana menurut laporan Goal, Paris Saint-Germain (PSG) dalam usaha untuk mengekalkan Neymar dan Kylian Mbappe, tetapi dalam masa yang sama Cavani dilaporkan menjadi sasaran untuk mendapatkan dana buat pasukan.

Bagaimanapun, Carlo Ancelotti yang dilantik sebagai pengurus baharu Napoli pada 23 Mei lalu itu jelas tidak berminat dengan spekulasi tersebut.

”Ia hanya khabar angin yang menjelma pada setiap jendela perpindahan. Kemudian kami akan bersedia pada Januari pula.”

”Tetapi saya sudah mempunyai pemain yang hebat dan saya cukup bertuah untuk melatih mereka.”

”Jadi saya tidak berminat dengan pemain daripada pasukan lain.”

Cavani
PARIS, FRANCE – MARCH 06: Edinson Cavani of PSG is challenged by Keylor Navas of Real Madrid during the UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match between Paris Saint-Germain and Real Madrid at Parc des Princes on March 6, 2018 in Paris, France. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images

”Saya masih belum melihat (Dries) Mertens tetapi secara umumnya skuad yang saya miliki mempunyai kualiti, kompetitif, muda dan mempunyai sifat fizikal yang hebat.”

”Gambaran saya akan dipastikan pada kem latihan nanti. Selain daripada kecederaan yang dihadapi (Alex) Meret dan (Piotr) Zielinski, semuanya sudah ada dan saya rasakan tempoh ini sangat berguna.”

Cavani pernah beraksi buat Napoli pada musim 2010/11 hingga 2012/13. Sepanjang tempoh tersebut, peledak berbisa itu telah menjaringkan hampir 80 gol dalam saingan Serie A.

Musim 2017/18 memperlihatkan Napoli memberikan saingan hebat buat Juventus apabila hanya dipisahkan empat mata dengan gergasi Itali itu.

Mungkin musim baharu bersama Ancelotti dapat memberikan sinar yang lebih cemerlang buat Napoli. Sama-sama kita nantikan cabaran yang bakal diberikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN