Leonardo Berjanji Mahu Bawa Masuk Coutinho Dan De Ligt Ke PSG

Leonardo dilaporkan bakal diumumkan menjadi Pengarah Sukan PSG sekali lagi – selepas 6 tahun meninggalkan jawatan tersebut.

Leonardo sebelum ini menjadi Pengarah Sukan di AC Milan. Namun melepaskan jawatan beliau kerana tidak sehaluan dengan CEO – Ivan Gazidis.

Jawatan Pengarah Sukan PSG kini kosong selepas Antero Henrique tidak disambung perkhidmatan.

Leonardo merupakan Pengarah Sukan yang paling digemari oleh Nasser Al Khelaifi kerana sebelum ini berjaya membawa masuk pemain seperti Thiago Silva, Zlatan Ibrahimovic dan Marco Verratti yang kesemuanya berimpak tinggi.

RMC Sports melaporkan, Leonardo menjadikan Matthijs De Ligt dan Phillipe Coutinho sebagai sasaran utama beliau sekiranya disahkan menjadi Pengarah Sukan PSG sekali lagi.

De Ligt antara pemain yang dikaitkan hampir dengan setiap kelab besar di Eropah terutamanya, Barcelona, Bayern Munich, Juventus dan Man. United – tidak ketinggalan PSG sendiri.

Leonardo yakin akan dapat membawa masuk Matthijs De Ligt kerana hubungan beliau dengan ejen pemain tersebut – Mino Raiola yang sangat baik.

https://twitter.com/Jon_LeGossip/status/1136707332581318658

Seterusnya, Leonardo mahu membawa masuk Phillipe Coutinho. Ini selepas bintang Barcelona tersebut dilaporkan sudah memberitahu kelabnya bahawa beliau kurang gembira dengan apa yang berlaku kepada dirinya di Barcelona.

Coutinho meminta Barcelona mempertimbangkan tawaran daripada kelab lain supaya beliau boleh memilih untuk menukar angin.

Beberapa minggu lalu, Barcelona dilaporkan sedia menerima kerugian daripada penjualan Coutinho. Mereka menerima bidaan bernilai €100 juta untuk pemain itu – jika ada kelab lain yang berminat.

Harga tersebut mungkin terlalu tinggi berdasarkan prestasi semasa Coutinho. Dan PSG dilaporkan tiada masalah untuk menanggung gaji Coutinho sekitar €12 juta setahun.

Beberapa hari lalu, Daily Mail menyatakan PSG sanggup untuk membayar nilai yang diletakkan oleh Barcelona tersebut.

https://twitter.com/MailSport/status/1135823525057650689

Coutinho gagal menyerlah pada musim penuh pertama beliau di Barcelona dan kerap menjadi mangsa kritikan.

Lagipun sebelum ini Coutinho pernah menyuarakan harapan beliau beraksi dengan Neymar di kelab dan negara. Sayangnya pemain itu pergi ke PSG dan Coutinho tiba di Barca 6 bulan kemudian. Kini Coutinho mungkin akan berpeluang menunaikan impian itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN