Legenda Mahu Semua Pihak Bijak Kawal Emosi Dalam Bangunkan Bola Sepak Negara

bola sepak negara

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir dan Azman Adnan memberikan saranan kepada semua pihak terutamanya pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman untuk bijak kawal emosi dalam sama-sama membangunkan bola sepak negara.

Kedua-dua legenda bola sepak negara itu menekankan dalam dunia sukan perlu ada semangat kesukanan dan bukannya berbalah, menuding jari.

“Hakikatnya apa yang penting ialah prestasi pasukan serta pemain dan apa yang saya lihat, itu juga ada peningkatan terutama dalam kemenangan pasukan negara ketika perlawanan Pra Piala Dunia sebelum pandemik COVID-19 melanda. Jadi apa isu dia (Zamsaham)?,” kata Jamal.

Katanya lagi, paling utama, kejayaan pasukan kebangsaan bergantung kepada keupayaan dan prestasi pemain yang dihasilkan oleh pasukan kelab negeri.

“Jadi beliau dan pemilik kelab di Malaysia ini seharusnya memikirkan cara menghasilkan pemain yang baik untuk disumbang kepada negara.

“Saya sarankan beliau harus kawal emosi, jangan meluahkan segala rasa di media sosial kerana apabila kita ni menuding jari pada seseorang, empat lagi menuding ke arah kita,” katanya.

Jamal dan Azman turut akui ketika ini ranking skuad kebangsaan negara sedang meningkat semula, tidak menurun malah berada dalam momentum yang baik.

Lantaran itu, legenda negara cadangkan Zamsaham jangan mudah menghentam kerana beliau perlu tahu dan sedar kelab atau persatuan dan FAM adalah satu keluarga yang mana semuanya dibawah naungan badan induk perlu bekerja-sama.

“Beliau juga harus tahu bahawa ada peraturan yang ditetapkan oleh badan induk mahupun organisasi di mana-mana sekalipun bahawa sebarang ketidakpuas hatian perlu dirujuk dalam mesyuarat dan tidak boleh diluahkan dalam media sosial.

“Seharusnya kita memikirkan apa yang lebih baik untuk bola sepak untuk berdepan isu COVID-19 yang mana itu yang sedang FAM dan MFL usahakan ketika ini.

“Sebagai pemimpin atau pemilik pasukan dia seharusnya menonjolkan kredibiliti yang lebih baik terutama dalam memberi maklumat dan mendidik penyokong dengan fakta,” kata Jamal.

Azman yang merupakan tonggak Harimau Malaya yang membawa skuad kebangsaan dalam ranking terbaik iaitu 75 pada 1993,
menekankan semua pihak jangan dibayangi sejarah dan sebaiknya menumpukan pada masa depan.

Tambahnya, setiap pasukan bola sepak tempatan mahupun pasukan M3 sebaiknya menjaga prestasi dan pasukan masing-masing kerana ia membabitkan prestasi pemain yang bakal menyarungkan jersi negara.

“Jangan mengaitkan atau mengheret perkara lain terutama perihal skuad kebangsaan dalam pertikaian membabitkan persatuan dengan mana-mana pihak mahupun badan induk.

“Anda perlu buktikan kejuaraan pasukan atau kelab dahulu, hasilkan pemain yang baik buat Malaysia, sila jaga periuk sendiri dan tak perlu jaga dua periuk.

“Apa yang penting sejak dua ke tiga tahun ini, dalam tempoh singkat ranking Harimau Malaya sedang naik semula dari 178 ke 153 bagi saya cukup memuaskan dan berkat kerjasama semua pasti ia akan meningkat lagi,” katanya lagi yang pada masa sama akui buat masa ini Harimau Malaya tiada perlawanan kompetitif mahupun persahabatan akibat pandemik COVID-19 menjadikan kedudukan ranking itu sukar berubah.

Azman juga menasihatkan semua pihak untuk terus bekerjasama dalam usaha meningkat momentum ini terutama buat pasukan Liga Malaysia dalam hasilkan pemain terbaik buat Harimau Malaya.

Kredit featured image: Stanley Chou/ALLSPORT – Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai bola sepak tempatan:

Bawa Masuk Jurulatih Futsal Berpengalaman, Kelantan FC Mahu Terapkan Metodologi Futsal?

Belum Rasmi Jadi Penaja Perak, Kenapa Abstrax Max Cetak 2,000 Helai Jersi?

Penang FC Telah Diambil Alih Oleh Usahawan ‘Sarung Tangan dan Kondom’?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN