Kenali Pemain EPL Pertama Dihukum Kerana Buat Hal Di Media Sosial

Media Sosial

Tingkah laku para pemain bola sepak terutamanya di Eropah tidak hanya diberikan perhatian ketika mereka di dalam padang, tetapi apa yang diluahkan dari segala aspek di media sosial juga turut tidak akan dipandang remeh.

Sebagai contoh dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) nyata begitu menitikberatkan  perkara tersebut sehingga menyebabkan beberapa bekas pemain dan pemain yang sedang aktif beraksi pada ketika ini turut pernah menerima hukuman berikutan kelantangan serta kekhilafan mereka di media sosial.

Sebagai contoh, Delle Alli dihukum kerana tindakannya yang dikatakan mengejek seorang lelaki Asia di sebuah lapangan terbang dalam akaun Snapchat peribadi miliknya.

Sementara itu, Edinson Cavani turut menerima nasib yang sama ketika beliau menggunakan perkataan ‘negrito’ [dalam bahasa Sepanyol] ketika menjawab ucapan tahniah selepas beliau membantu United menewaskan Southampton tempoh hari.

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa bekas pemain sayap Liverpool, Ryan Babel merupakan pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris yang dikenakan hukuman susulan kelantangannya di media sosial.

Berbeza dengan situasi yang dialami Alli dan Cavani yang mungkin tidak sengaja untuk melakukan perkara sedemikian tetapi bagi Babel, beliau jelas tersilap langkah kerana melampiaskan kemarahannya terhadap pengadil perlawanan di akaun Twitter peribadinya.

Ia disebabkan tindakan pengadil perlawanan yang sememangnya sentiasa dikaitkan dengan Manchester United dan Sir Alex Ferguson, Howard Webb menghadiahkan sepakan penalti buat The Red Devils pada awal perlawanan pusingan ketiga Piala FA 2010/11.

Embed from Getty Images

Sepakan penalti itu diberikan susulan kekasaran pemain pertahanan, Daniel Agger terhadap Dimitar Berbatov ketika permainan baru memasuki saat ke-30 dan Ryan Giggs kemudiannya tidak berdepan masalah untuk memberikan jaringan pendahuluan sekali gus merupakan gol tunggal perlawanan.

Lebih mengeruhkan lagi keadaan, Webb melayangkan kad merah kepada Steven Gerrard pada separuh masa kedua.

Berang dengan keadaan tersebut sehingga menyebabkan pasukannya tersingkir daripada persaingan Piala FA, Babel telah melakukan ciapan di Twitternya dengan memasukan gambar Webb yang disunting sedang memakai jersi Manchester United dengan ayat berbunyi,’ Dan ini orang panggil salah seorang pengadil terbaik? Ini merupakan satu lawak. SMH [merujuk ‘shaking my head’].

Mungkin menyedari beliau telah bertindak keterlaluan, pemain yang kini beraksi bersama Galatasaray itu meminta maaf di atas perlakukannya dengan meminta maaf kepada Howard Webb serta menjelaskan sebabnya bertindak sedemikian. Tetapi semuanya sudah terlambat buat Babel kerana beliau telah dikenakan denda sebanyak £10,000 oleh FA.

Mungkin ramai yang beranggapan media sosial merupakan hak peribadi untuk memuatnaik apa sahaja dimahukan oleh setiap pemain, tetapi kebebasan itu ada haknya. Apatah lagi sekiranya seseorang pemain itu beraksi dalam saingan EPL.

Pihak FA memang memberikan tumpuan khusus terhadap perkara ini, Bernardo Silva yang sekadar niat untuk bergurau dengan Benjamin Mendy pun boleh dikenakan hukuman oleh mereka.

Kredit featured image: THE FA

Baca artikel lain dari kami mengenai pemain yang dihukum melibatkan penggunaan media sosial:

Guardiola: Bernardo Silva Bukan Rasis, Mendy Memang Mirip Itik Itu

Bahana Media Sosial, Neymar Dihukum UEFA Selepas Komen Persoal Pengadil

Aubameyang Didenda RM40,000 Kerana Kutuk CAF Di Media Sosial

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN