Legenda Liridon Jelaskan Isu Kontrak Yang Bakal Berakhir, Anggap Kedah Sebagai Keluarga

Liridon dalam status di facebook beliau semalam telah mengucapkan selamat tinggal kepada musim 2018.

Itu memang biasa dilakukan oleh pemain bola sepak apabila musim berakhir.

Beliau menjelaskan beberapa perkara dan juga kata-kata semangat kepada penyokong Kedah.

Legenda anda bercakap dan berbangga 

“Kepada keluarga Kedahku, dengan di sini dengan teliti. Ini legenda anda, Matdon bercakap.”

“Saya sangat berbangga dan bersyukur kerana mewakili kelab ini selama 4 tahun.”

“Saya datang ke kelab ini daripada bukan siapa-siapa dan akhirnya menjadi ‘seseorang’ dengan bantuan anda, atas semangat luar biasa para penyokong.”

FOTO: FARIZ RUSADIO/Kosmo

“Daripada divisyen 2 kita mendaki menjadi salah sebuah pasukan terkuat dan antara yang paling dihormati, serta kelab yang dominan di Malaysia.”

“Kita telah melakukannya bersama-sama. Dengan jurulatih, staf, pemain, penaja, pengurusa dan sudah pastinya penyokong, keluarga Hijau Kuning.”

“Namun tahun ini, ianya tak seperti yang dirancang. Ianya tak cukup bagus. Dan perkara ini harus diperbaiki pada masa akan datang.”

“Secara jujurnya, kita harus jujur dengan diri sendiri, dengan penyokong dan kesemua orang yang menyokong kelab ini.”

Mahu kekal di Kedah

“Kontrak saya akan berakhir tak lama lagi. Namun saya tak mahu ianya menjadi pengakhiran.”

“Kita telah pergi terlalu jauh. Kita ada cita-cita lebih besar daripada sebelum ini.”

“Dan saya nak kembali ke prestasi terbaik, kembali ke puncak, tempat yang selayaknya kita berada.”

Musim bertarung dengan kecederaan

“Ianya sukar untuk mengerah keringat musim ini, bermain banyak perlawanan setiap minggu dengan kecederaan yang saya alami. ”

“Namun saya lakukannya demi kamu.”

“Sekarang adalah masa terbaik untuk rawat dan sembuh semula. Serta merancang untuk masa depan, di mana kita akan berada.”

“Kedah, saya harap, ini bukannya salam perpisahan, kerana keluarga itu tak akan pernah ucap selamat tinggal.”

“Sebaliknya keluarga itu akan berkata, saya akan jumpa anda lagi.”

“Sayangi legenda anda selamanya. Di sini ada beberapa gambar kenangan daripada perjalanan indah ini.”

Peace semua”

Beliau juga memberikan tabik hormat kepada jurulatih baru Kedah yang disifatkan beliau ‘newborn’ iaitu Azzmi Abd Azmi, beliau kagum dengan hasil kerja jurulatih itu dalam beberapa bulan terakhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN