4 Pemain EPL Yang Masih Bergelut Selepas Cemerlang Di Piala Dunia

Sepanjang saingan EPL berlangsung, aksi pemain-pemain ternama yang sebelum ini tampil cemerlang di pentas Piala Dunia sentiasa menjadi tumpuan.

Namun begitu, penampilan terbaik bersama negara sebelum ini gagal diterjemahkan semasa bersama kelab yang diwakili mereka pada musim ini.

Setelah minggu ke-5 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) berlangsung, terdapat aksi dari beberapa pemain yang dinilai masih gagal memuaskan hati peminat bola sepak.

Siapakah mereka ? Disini kami kongsikan 4 pemain yang sebelum ini memukau di kejohanan Piala Dunia 2018 namun sehingga kini masih gagal menemui rentak kecemerlangan bersama kelab di saingan EPL.

1. Paul Pogba

BURNLEY, ENGLAND – SEPTEMBER 02: Paul Pogba of Manchester United runs with the ball during the Premier League match between Burnley FC and Manchester United at Turf Moor on September 2, 2018 in Burnley, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Paul Pogba merupakan salah satu pemain yang telah mencuri perhatian saat kejohanan Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia.

Beliau menjadi individu terpenting dalam membantu pasukan Perancis menjuarai kejohanan pada edisi tersebut.

Peminat Manchester United diseluruh dunia pastinya amat bangga dengan penampilan epik Pogba bersama Perancis.

Namun begitu, harapan besar peminat Red Devils yang diletakkan keatas Pogba untuk membantu memperkuatkan pasukan bagi menghadapi musim 2018/19 tidaklah seperti yang diimpikan.

Pogba dilihat masih gagal mengulangi penampilan cemerlangnya di Old Trafford pada musim ini.

Setakat ini, beliau hanya berjaya menjaringkan 2 gol dalam 5 penampilannya di pentas EPL. Dua gol tersebut dihasilkan menerusi sepakan penalti.

Akibat aksi kurang bersemangat dan tidak konsisten yang dipamerkan pemain berusia 25 tahun itu  menyebabkan beliau sering menerima kritikan.

Beberapa sumber media melaporkan bahawa prestasi Pogba terganggu adalah berpunca daripada berlakunya persengketaan hubungan dengan pengendali Manchester United, Jose Mourinho.

Baca jugaJose Mourinho Akhirnya Buka Mulut Isu Hubungan Beliau Dan Pogba

2. Jordan Pickford

LIVERPOOL, ENGLAND – SEPTEMBER 16: Jordan Pickford of Everton reacts during the Premier League match between Everton FC and West Ham United at Goodison Park on September 16, 2018 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Jordan Pickford telah memutuskan untuk menyertai Everton pada musim panas 2017.

Perpindahan Pickford dari Sunderland telah mengundang banyak persoalan kerana beliau didatangkan ke Goodison Park dengan nilai perpindahan sebanyak 30 juta pound, nilai yang agak tinggi bagi seorang penjaga gol.

Nama Pickford mula dikenali peminat bola sepak di seluruh dunia selepas tampil cemerlang sebagai penjaga gol utama skuad The Three Lions di pentas Piala Dunia 2018.

Kekebalan beliau mengawal benteng terakhir skuad England telah berjaya membantu pasukan itu membuat kejutan dengan layak sehingga ke peringkat separuh akhir.

Namun, penampilan Pickford bersama Everton pada musim ini agak tidak sehebat bersama England.

Dalam 5 perlawanan terakhir EPL, Everton telah dibolosi 9 kali dengan mencatat 1 kekalahan, 3 seri dan hanya 1 kemenangan sahaja.

Everton kini menduduki tangga ke-10 carta liga dengan berkongsi 6 mata bersama Leicester City dan Crystal Palace.

3. Harry Kane

LONDON, ENGLAND – SEPTEMBER 15: Harry Kane of Tottenham Hotspur in action during the Premier League match between Tottenham Hotspur and Liverpool FC at Wembley on September 15, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Chloe Knott – Danehouse/Getty Images)

Penyerang bintang Tottenham Hotspur, Harry Kane pastinya sedang berdepan situasi paling sulit bagi dirinya.

Hal ini kerana, beliau sehingga kini hanya berjaya meledak dua gol untuk pasukannya di pentas EPL.

Kegagalan menjaringkan gol ketika beraksi di laman sendiri bertemu Liverpool baru-baru ini sedikit menjejaskan reputasinya sebagai penyerang terbaik England ketika ini.

Pemain yang menerima anugerah pemenang kasut emas Piala Dunia 2018 dan Liga Perdana Inggeris musim lalu harus kembali bangkit mempertajamkan semula serangan dalam masa yang sama dapat mengembalikan semula kepercayaan para peminat.

Kane menikmati musim menggagumkan di Spurs selepas menjaringkan 35 gol dalam semua kejohanan musim lalu untuk kekal di landasan muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk tiga musim berturut-turut.

Di kejohanan Piala Dunia pula, beliau telah berjaya menghasilkan 6 gol dan jumlah jaringan tersebut telah menyamai jumlah jaringan yang pernah dihasilkan James Rodriguez pada Piala Dunia 2014.

4. Victor Lindelöf

MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 27: Victor Lindelof of Manchester United battles for possession with Lucas Moura of Tottenham Hotspur during the Premier League match between Manchester United and Tottenham Hotspur at Old Trafford on August 27, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images)

Victor Lindelöf diramalkan bakal menjadi sebagai salah satu pertahanan muda terbaik di Eropah.

Prestasinya yang menggagumkan ketika bersama Benfica telah menjadikan Manchester United membuat keputusan untuk merekrutnya pada pasaran perpindahan musim panas 2017.

Kemunculan beliau bersama Red Devils membuatkan nama beliau telah dipanggil oleh Janne Andersson untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama Sweden bagi menghadapi kempen Piala Dunia di Rusia.

Benteng Sweden yang dikawal oleh Lindelöf telah berjaya membawa Sweden menjuarai peringkat kumpulan F dengan hanya dibolosi 2 gol sahaja.

Di peringkat 16 pasukan terbaik, Sweden sekali lagi mengejutkan peminat selepas berjaya menundukan Switzeland 1-0 sebelum mereka ditewaskan oleh England dengan keputusan 2-0 di peringkat suku akhir..

Bagaimanapun, aksi Lindelöf di Rusia amat berbeza ketika beliau menyarung jersi Manchester United.

Bersama Red Devils, beliau tampil agak mengecewakan dan dilihat masih gagal menyesuaikan diri bersama pasukan tersebut.

Pertemuan dengan Brighton pada 19 Ogos lalu mungkin antara momen yang tidak dapat dilupakan peminat United.

Dalam perlawanan tersebut, Lindelöf  telah melakukan kesilapan besar sehingga menghukum pasukannya menerima kekalahan mengejutkan dengan keputusan 3-2.

Selepas perlawanan itu, pertahanan Sweden berusia 24 tahun tersebut paling teruk dikecam peminat kerana dilihat lalai sewaktu jaringan pembukaan Glenn Murray pada minit ke-25 dan jaringan kedua Shane Duffy selang dua minit kemudian.

Aksi longlai Lindelöf itu turut menerima kecaman dan kritikan dari Jose Mourinho. Tidak terkecuali dari bekas pemain United, Paul Scholes.

Scholes merupakan individu yang paling teruk mengecam persembahan buruk pertahanan United dengan mengkritikan aksi buruk yang dari Lindelöf.

Baca juga: Scholes Anggap Lindelof Sebagai Punca Kekalahan Manchester United

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN