Lucas Perez Kecewa Dengan Sky Sports, Nafi Besar Kepala Enggan Memanaskan Badan

Lucas Perez mengkritik pengulas Sky Sports yang memberikan informasi tak betul kepada penonton.

Dalam ulasan perlawanan, pengulas menyatakan yang Lucas Perez menolak untuk memanaskan badan kerana merajuk tidak dimasukkan menggantikan Arnautovic lebih awal daripada itu.

Perez digambarkan tak puas hati dengan kemasukan Antonio menggantikan Arnautovic dan menolak untuk memanaskan badan.

Perez menyatakan, sebagai profesional, beliau tidak pernah sama sekali menolak untuk memanaskan badan dalam karier beliau.

Bercakap kepada media selepas perlawanan, pengurus Manuel Pellegrini menyatakan beliau memasukan Antonio kerana pemain itu lebih dalam keadaan bersedia.

Perez tampil dengan penjelasan dia duduk semula di bangku simpanan kerana beliau tahu yang Antonio akan masuk kerana rakannya itu lebih bersedia.

“Informasi yang salah disebarkan oleh media menyebabkan imej saya rosak. Saya bertanggungjawab untuk menjelaskan kebenaran hal ini.”

“Saya tak pernah sesekali menolak untuk memanaskan badan dalam karier saya.”

“Dalam kelab semasa saya, pemain di bangku simpanan akan melakukan beberapa siri pemanasan badan sekitar 3-5 minit. Dan ianya akan digilirkan secara berterusan.”

Perez menjelaskan, awalnya memang Pellegrini meletakkan beliau sebagai pilihan utama menggantikan Arnautovic.

Namun secara kebetulan beliau berada di bangku simpanan kerana tamat sesi memanas badan.

Jadi Pellegrini melihat Antonio yang sedang memanaskan badan, merasakan ia pilihan lebih baik ketika itu.

Ini kerana pengurus perlu menukar pemain segera kerana Arnautovic cedera. Mereka tak mahu lama bermain 10 pemain.

“Ketika Marko cedera, kebetulan saya berada di bangku simpanan (kerana tamat sesi).”

“Pengurus memutuskan untuk menukar keputusan memasukkan Antonio di saat akhir kerana beliau merasakan ia pilihan yang lebih cepat ketika itu.”

“Pengurus ada memanggil saya untuk bermain, namu beliau menyedari lebih cepat untuk memasukkan Antonio yang ketika itu memanaskan badan. Jadi beliau menukar fikiran.”

“Imej saya disalah erti dan digambarkan menolak untuk bermain ketika bercakap dengan jurulatih penjaga gol.”

Ada juga membandingkan Perez dengan Snodgrass yang digambarkan terus memanaskan badan untuk persediaan. Sebenarnya, menurut penjelasan Perez, mereka akan memanaskan badan mengikut kumpulan secara rotasi.

“Saya memang tak pernah menolak untuk memanaskan badan, dan itulah penjelasan apa yang berlaku.”

“Sebagai profesional, saya menerima keputusan pengurus, dan akan berusaha keras lagi untuk mendapatkan sebanyak mana minit perlawanan yang saya mampu.”

Penjelasan Lucas Perez ini membuatkan penyokong West Ham lega. Mereka yang sebelum ini memaki Perez turut meminta maaf.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN