Hanya sehari selepas disahkan kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL), Leeds United menerima berita gembira kedua apabila dinobatkan sebagai juara Liga Kejuaraan Inggeris setelah pasukan pesaing di tangga ketiga, Brentford tewas 1-0 kepada Stoke City.
Dengan pasukan di tangga kedua, West Bromwich Albion tewas kepada Huddersfield Town pada Jumaat, Leeds mengesahkan kedudukan mereka di dua tangga teratas dan kembali ke EPL buat kali pertama selepas 16 tahun menanti.
Kini skuad kendalian Marcelo Bielsa itu yang masih mempunyai dua baki perlawanan mengesahkan kejuaraan sebelum sempat menyepak bola malam ini menentang Derby County dengan memiliki kelebihan lima mata memandangkan West Brom kini hanya tinggal satu baki perlawanan sahaja.
🙌 Tonight we go to sleep as champions! pic.twitter.com/9rcrMK58rl
— Leeds United (@LUFC) July 18, 2020
Pemain-pemain The Whites seperti Liam Cooper, Robbie Gotts, Illan Meslier dan Alfie McCalmont masing-masing menaikkan ciapan mereka di Twitter meraikan kejayaan mereka meraih kejuaraan tersebut.
Stoke City menjaringkan gol pada separuh masa pertama apabila percubaan Sam Clucas dari jarak dekat ditepis penjaga gol Brentford, David Raya, namun penyerang Lee Gregory segera memanfaatkan bola muntah itu dengan tolakan mudah ke dalam gol.
Brentford kekal di tangga ketiga dengan satu mata di belakang West Bromwich dan perebutan untuk tempat kedua bagi mendapat slot automatik ke EPL terpaksa ditentukan sehingga hari terakhir musim ini.
Leeds United in the last 24 hours:
— B/R Football (@brfootball) July 18, 2020
—Sealed promotion to the Premier League
—Clinched Championship title
👏 pic.twitter.com/FTZi6LhSFK
Untuk perlawanan terakhir bagi kedua-dua pasukan pada 23 Julai nanti, Brentford akan berdepan pasukan tercorot, Barnsley sementara West Brom pula bakal melayan kunjungan Queens Park Rangers (QPR).
Kredit Foto: Championship
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Leeds United: