Penantian 16 Tahun Berakhir, Leeds United Kembali Ke EPL

Leeds United EPL

Leeds United telah sah kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pesaing terdekat, West Bromwich Albion tewas 2-1 kepada Huddersfield Town pada awal pagi tadi yang mengesahkan tempat mereka untuk dua kedudukan teratas Liga Kejuaraan Inggeris.

Kejayaan itu menamatkan penantian The Whites selama 16 tahun untuk membuat kemunculan semula di liga utama England itu dan pasukan tersebut kini perlu fokus untuk menambahkan lagi ‘kemanisan’ dengan muncul juara dalam perlawanan seterusnya.

Leeds kini sudah pun mengumpul 87 mata dengan hanya dua perlawanan berbaki, lima mata mengatasi West Brom yang tewas mengejut di Stadium John Smith yang hanya memiliki satu baki perlawanan sahaja lagi.

Kedudukan Leeds selaku pendahulu liga hanya mampu dicabar pasukan Brentford yang dipisahkan dengan enam mata dan skuad kendalian Marcelo Bielsa itu kini hanya memerlukan satu mata sahaja lagi untuk menjulang trofi Liga Kejuaraan musim ini.

Jurulatih dari Argentina itu hanya memerlukan dua musim sahaja untuk membawa skuad Yorkshire itu untuk dipromosi ke EPL selepas menamatkan saingan di tempat ketiga pada musim 2018/19.

Pasukan yanng pernah menjadi juara liga sebanyak tiga kali itu turut terpalit dengan masalah kewangan yang serius sejak tersingkir dari EPL pada 2004 dan kemudian keadaan semakin meruncing apabila turun pula ke saingan League One (Divisyen 3) pada 2007.

Setelah kembali ke Liga Kejuaraan pada 2010, usaha untuk kembali ke EPL tahun demi tahun menemui jalan buntuk sehinggalah Bielsa mengambil alih pasukan bermula 2018.

Salah satu kunci utama kepada kejayaan Leeds musim ini adalah anak jati Leeds, Kalvin Phillips.

Pemain berusia 24 tahun itu yang ditemubual BBC menjelaskan beliau menjadikan misi untuk membantu pasukan kembali ke EPL adalah matlamat utama dalam kariernya.

“Macam tak percaya. Semasa pengurus (Bielsa) tiba buat kali pertama di sini dua tahun lalu, saya tak sangka saya akan berada di tahap ini.

“Pengurus dan semua staf kejurulatihan adalah kunci kepada kejayaan ini. Dia adalah pengurus terbaik di dunia. Tiada pengurus lain yang lebih baik daripada Marcelo Bielsa ketika ini.

“Ketika usia di mana saya sedang bekerja keras untuk terus berkembang, dia adalah jurulatih yang sempurna untuk dimiliki. EPL adalah liga terbaik di dunia, selepas 16 tahun, kami kembali.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Leeds United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN