Lee Tuck Rangkul Anugerah POTM Liga Super Edisi Jun

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Pemain tengah Kedah Darul Aman, Lee Tuck berjaya merangkul gelaran Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super bagi bulan Jun.

Anugerah yang merupakan anjuran PFA Malaysia itu menyaksikan pemain naturalisasi kebangsaan tersebut diangkat sebagai pemain pilihan suka ramai selepas mempamerkan persembahan cemerlang pada bulan lepas.

Tuck menghasilkan dua gol dan melakukan hatrik bantuan jaringan ketika bertemu Perak untuk menghasilkan persembahan memukau pada bulan lalu.

Hasil daripada persembahan cemerlang Tuck itu telah membantu Kedah merangkul enam daripada sembilan mata yang ditawarkan kepada Hijau Kuning pada bulan lepas.

Dengan kemenangan ini, Tuck berjaya memperoleh undian sebanyak 61.86% daripada penyokong-penyokong yang mengangkat beliau.

Beliau berjaya menewaskan pemain Johor Darul Ta’zim, Fernando Forestieri selain menumbangkan Ayron del Valle (Selangor), Stefano Brundo (Sri Pahang) dan Nabil Latpi (PDRM).

Tuck juga menjadi pemain keempat selepas Leandro Velazquez, Arif Aiman dan T. Saravanan yang memenangi anugerah ini pada musim 2023.

Tahniah kami ucapkan kepada Lee Tuck atas kejayaan merangkul anugerah ini!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN