“Persiapan Sendiri Lebih Mustahak”- Feroz Baharudin Enggan Fikir Kekuatan Semasa KL City

Feroz Baharudin tampil selaku antara pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini bersemangat menjalani latihan bersama rakan sepasukan lain sebagai persiapan sebelum mengharungi aksi akhir Piala FA 2023.

Selaku pemain muda bersama kelab, pastinya Feroz menjadi pemain yang paling teruja untuk beraksi dalam saingan tersebut serta berharap agar tersenarai dalam kesebelasan utama bagi menghadapi pihak lawan.

JDT bakal membuat perhitungan terakhir mereka dalam saingan tersebut menentang Kuala Lumpur City (KL City) selepas masing-masing cemerlang mengetepikan pasukan lawan di pusingan separuh akhir.

Aksi yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) itu pastinya bakal memberi kelebihan terbaik buat Feroz serta rakan sepasukan lain daripada segi motivasi untuk mengatasi pasukan lawan.

Menjelang pertemuan akhir tersebut, Feroz memasang impian untuk beraksi dengan sehabis baik bagi mengelakkan benteng pertahanan pasukan daripada dibocori pasukan lawan bersama para pemain lain.

Jelas pemain muda berbakat besar tersebut, beliau memasang tekad untuk memberi segalanya buat kelab jika terpilih untuk beraksi dalam senarai kesebelasan utama di posisi pertahanan tengah.

Malah, Feroz juga mempunyai impian tersendiri untuk memastikan piala tersebut kekal dipertahankan, selepas mereka menjuarainya pada tahun lalu.

“Ketika JDT menjuarai Piala FA musim lalu, saya masih beraksi bersama JDT II dan pasukan itu juga melakar kejutan apabila muncul juara Liga Perdana buat kali pertama.

“Aksi ketika menang ke atas Negeri Sembilan FC, baru-baru ini memberi saya lebih keyakinan bagi membuat persiapan menjelang final Piala FA nanti dan untuk diri saya sekarang ini amat bersyukur selepas pulih daripada kecederaan, tampak lebih konsisten beraksi.

“Malah jaringan gol ketika menentang Negeri Sembilan secara perlahan-lahan mampu meningkat lagi keyakinan dan berharap akan terus konsisten sepanjang latihan bagi persiapan menjelang final nanti.

“Mengenai pasukan lawan yang memiliki barisan pemain seperti Paulo Josue, Romel Morales, Tchetche Kipre dan banyak lagi, saya enggan memikirkan kehebatan mereka, sebaliknya kami di JDT lebih memberi fokus terhadap persiapan kami sendiri kerana ia lebih mustahak,” katanya menerusi laporan daripada Harian Metro.

Pada masa sama, Feroz mengakui aksi saingan liga serta serta pentas akhir bagi sesuatu kejohanan merupakan sesuatu yang berbeza serta perlu tampil lebih bersedia daripada pelbagai aspek untuk mengharungi 90 minit perlawanan.

“Sudah tentu ia bakal menjelmakan perlawanan yang menarik dan jika terpilih dalam kesebelasan utama nanti, pastinya mahu beraksi lebih mantap malah aksi yang konsisten juga penting dan cuba mengelak melakukan kesilapan dalam perlawanan itu,” ujar Feroz lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN