Lee Tuck Berharap Dapat Kembali Jalani Latihan Di Padang

Lee Tuck

Pemain tengah Sri Pahang FC, Lee Tuck berharap agar permohonan yang akan dikemukakan badan penganjur liga bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) kepada pihak kerajaan untuk memastikan pasukan dapat melakukan latihan penuh sebelum sepak mula pada 5 Mac ini diluluskan memandangkan mereka ketika ini hanya melakukan latihan penuh di rumah sahaja.

Semestinya, ramai pemain yang masih dalam fasa membentuk keserasian bersama pasukan terutamanya mereka yang berhijrah ke skuad baharu pada musim ini termasuklah dirinya, dan untuk itu latihan penuh di padang begitu penting untuk memastikan persediaan rapi dapat dilakukan.

“Sekiranya keadaan terkawal dan selamat, saya harap kita semua dapat kembali untuk berlatih di padang sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sepak mula sepertimana yang akan dimohon oleh MFL.”

“Penangguhan Liga Malaysia daripada 26 Februari ke 5 Mac juga bukanlah jurang masa yang lama sangat, dan saya rasa kita semua memang tengah bersemangat untuk mempersiapkan diri.”

“Apa-apa pun, kita sudah menempuh situasi sama seperti tahun lalu yang memerlukan kita berlatih di rumah, jadi apa pun keputusan, kita kena sentiasa bersedia dan tetap menjaga tahap kecergasan dengan baik,” ujarnya.

Selepas tiga musim beraksi bersama Terengganu FC (TFC), Lee Tuck bertindak mengubah angin untuk menyarung jersi Sri Pahang FC bagi menghadapi saingan Liga Super 2021.

Terdahulu, MFL telah bersedia untuk menyediakan beberapa mekanisme seperti SOP latihan yang lebih ketat dan SOP latihan kem latihan berpusat secara kuarantin bagi memastikan Liga Malaysia musim 2021 berjalan lebih efektif, selamat dan menghindari segala prospek pandemik COVID-19.

Baca artikel lain dari kami mengenai pemain import baharu Pahang ini:

Memori Final Piala Malaysia 2018 Tetap Dalam Ingatan Lee Tuck

Lee Tuck: Pahang Adalah Pilihan Terbaik Buat Saya

Lee Tuck Beri Gambaran Jelas Mahu Terus Kekal Di Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN