Peter Crouch: Liverpool Akan Tamatkan Saingan Di Atas Man Utd

Peter Crouch

Bekas penyerang Liverpool, Peter Crouch berpendapat bekas pasukannya itu masih mampu untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dimenangi pada musim lalu sekali gus menamatkan persaingan di atas seteru utama, Manchester United.

Liverpool kembali berada dalam kelompok empat pasukan teratas EPL selepas berjaya menundukkan Tottenham Hotspur 3-1 hasil jaringan Roberto Firmino, Trent Alexander-Arnold dan Sadio Mane pada aksi yang berlangsung di Tottenham Hotspur Stadium, awal pagi tadi.

Ini bermakna skuad bimbingan Jurgen Klopp itu ketinggalan empat mata di belakang pendahulu liga, Manchester City yang mengumpul 41 mata tetapi The Cityzens masih kekurangan satu perlawanan.

Walaupun Liverpool kelihatan tidak konsisten pada ketika ini, Crouch masih percaya The Reds masih mampu untuk mengulangi pencapaian hebat merangkul kejuaraan liga seperti dipamerkan pada musim lalu.

”Saya mempercayainya walaupun mereka sedang menghadapi aksi kurang baik pada ketika ini,” ujar Crouch menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Saya bertaruh dengan Rio [Ferdinand] pada malam tadi. Saya masih merasakan mereka [Liverpool] akan menamatkan persaingan musim ini di atas Manchester United. Saya juga merasakan mereka masih dalam perebutan kejuaraan.”

”Saya fikir mereka mempunyai beberapa pemain yang hebat. Saya melihat dengan meletakkan Henderson ke posisi pertahanan tengah adalah sesuatu yang hebat.”

”Ya, ia akan menjadi sukar pada beberapa keadaan kerana Nat [Nathaniel] Phillips perlu bermain dan saya tidak tahu apa yang terjadi dengan [Joel] Matip.”

”Mereka jelas kelihatan sulit di posisi tersebut, namun ketika anda memiliki kualiti hebat di bahagian depan, anda tidak boleh melupakan mereka,” tambah Peter Crouch lagi.

Kredit featured image: Phil Noble – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Liverpool dan Manchester United:

Dietmar Hamann: Thiago Alcantara Tidak Menjadikan Liverpool Lebih Baik

Manchester United: 7 Sebab Mengapa Kejuaraan EPL Musim Ini Hanya Mimpi Palsu

‘Vaksin’ Untuk Pulihkan Liverpool Adalah Beli Pertahanan Baharu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN