Selepas Jadi Rebutan Tiga Kelab EPL, Lingard Pilih West Ham

Jesse Lingard Manchester United West Ham United

Pemain Manchester United, Jesse Lingard dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai West Ham United secara pinjaman sehingga penghujung musim ini.

Laporan dari Sky Sports mendedahkan pemain berusia 27 tahun itu yang hanya membuat tiga penampilan pada musim ini telah menolak pelawaan dua kelab lain iaitu Newcastle United dan West Bromwich Albion.

Pemain tengah England tersebut akan melengkapkan pemeriksaan perubatan di Manchester sebelum bertolak ke London untuk melengkapkan perpindahannya ke kelab berkenaan.

Jika segala prosedur dapat diselesaikan pada Jumaat, beliau berpeluang untuk membuat debut bersama kelab baharunya itu pada Ahad ini dalam perlawanan menentang Liverpool.

Difahamkan West Ham yang kini dibimbing oleh bekas pengurus United, David Moyes akan membelanjakan £3 juta untuk menjelaskan yuran pinjaman pemain berusia 28 tahun itu termasuk gajinya.

Untuk rekod, Lingard merupakan pemain yang menjaringkan gol pertama untuk Moyes ketika baharu dilantik sebagai pengurus Manchester United pada 2013 dalam aksi pra-musim di Sydney.

United sebelum ini telah mengaktifkan klausa lanjutan satu tahun kontrak yang akan tamat pada Jun 2022 bagi memastikan nilai harganya tidak jatuh jika mahu dijual kepada mana-mana kelab.

Ole Gunnar Solskjaer pada awalnya enggan membenarkan Lingard keluar dari Old Trafford  disebabkan jadual perlawanan yang padat, namun terpaksa akur dengan desakan pemain tersebut yang mahukan minit permainan yang lebih baik.

Lingard yang telah mencipta fenomena ketika usia mudanya di United telah mengalami penurunan prestasi yang ketara sehingga menerima kritikan dari pelbagai pihak termasuk dalam kalangan penyokong Manchester United sendiri.

Dalam perkembanagan lain, Said Benrahma yang sebelum ini dipinjam dari kelab Liga Kejuaraan, Brentford telah melengkapkan perpindahan secara tetap ke West Ham dengan harga yang tidak didedahkan dan menandatangani kontrak sehingga 2026.

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jesse Lingard dan Manchester United:

Conte Kenal Pasti Lingard Sebagai Pengganti Terbaik Eriksen Di Inter

5 Pemain Manchester United Yang Balik Lewat Untuk Latihan Tambahan Sepakan Percuma

Falsafah Bola Sepak 4-2-2-2 Ralph Hasenhuttl & Pentstrukturan Semula Yang Kembalikan Wajah Southampton

One Comment

Leave a Reply