Lee Tuck Bakal Menjadi Pemain Naturalisasi Kedua Skuad Harimau Malaya?

Lee Tuck

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan berminat untuk mendaftarkan pemain import Terengganu FC (TFC), Andrew Lee Tuck sebagai pemain tempatan menurut kenyataan daripada pengendali TFC, Irfan Bakti dalam Berita Harian hari ini.

Beliau mendedahkan Presiden FAM sudah menemuinya untuk menyatakan hasrat menjadikan pemain kelahiran Halifax, England itu sebagai pemain naturalisasi kedua negara selepas Mohamadou Sumareh bagi membolehkannya memperkuatkan pasukan Harimau Malaya.

Aksi Sumareh ketika menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO: FAM

“Saya dimaklumkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang meluahkan hasrat untuk mendaftar pemain itu (Tuck) sebagai pemain tempatan.

“Kami menyambut baik cadangan itu kerana Tuck seorang pemain berkualiti dan mampu menjana dengan berkesan posisi tengah sebagaimana aksinya bersama skuad TFC.

“Apa yang saya harapkan supaya FAM mempercepatkan urusan berkaitan termasuk taraf kerakyatan Malaysia bagi membolehkan pemain itu didaftarkan sebagai pemain tempatan sekali gus dapat menyarung jersi skuad Harimau Malaya,” kata Irfan Bakti.

FOTO: Terengganu FC, Facebook.

Lee Tuck mempunyai darah keturunan dari Malaysia

Difahamkan bekas pemain Negeri Sembilan itu mempunyai moyang sebelah ibunya yang berasal dari Malaysia dan sedia menimbangkan tawaran untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya pada masa yang akan datang.

Bagaimanapun, pendaftarannya sebagai pemain tempatan mengambil masa yang panjang kerana beliau perlu melepaskan status kerakyatan England dan situasi itu mendapat sedikit bantahan daripada isterinya.

“Kami harap perancangan FAM itu menjadi kenyataan kerana skuad Harimau Malaya perlu mempunyai pemain berkualiti termasuk pemain naturalisasi untuk melangkah lebih jauh bukan hanya di peringkat Asia Tenggara tapi juga Asia dan seterusnya dunia.

“Lagipun pemain itu (Tuck) sudah bersetuju untuk menjadi pemain tempatan,” kata Irfan Bakti yang melihat kehadiran pemain itu mampu memperkuatkan barisan tengah skuad Harimau Malaya.

Mohamadou Sumareh memperoleh kerakyatan Malaysia selepas menetap di Malaysia sejak berusia 12 tahun. Selain Sumareh, Malaysia turut mempunyai beberapa barisan pemain kacukan seperti Matthew Davies, La’Vere Corbin Ong, Kiko Insa, Natxo Insa, Curren Ferns dan Darren Lok.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN