Penyerang sensasi Norwich City, Teemu Pukki menjaringkan dua gol buat Finland dalam kemenangan 3-0 ke atas Armenia pada awal pagi tadi. Keputusan itu mencerahkan peluang pasukannya untuk layak ke pusingan akhir EURO 2020.
Finland kini di kedudukan kedua dalam kumpulan J, lima mata mengatasi Armenia serta Bosnia-Herzegovina – yang tewas 2-1 kepada Greece.
https://twitter.com/football_fg/status/1184211170888212480?s=20
Pukki menjaringkan kedua-dua gol dalam separuh masa kedua dan kini sudah mengumpul tujuh gol dalam lapan perlawanan pusingan kelayakan. Gol pembukaan tuan rumah pula disumbang oleh Fredrik Jensen.
Peluang Finland untuk layak adalah sangat tinggi memandangkan dua perlawanan terakhir mereka adalah bertemu dua pasukan tercorot kumpulan iaitu Leichtenstein di gelanggang sendiri dan seterusnya akan bertandang ke Greece.
Finland selama ini tidak pernah berjaya memasuki pusingan akhir kejuaraan Eropah (EURO) mahupun Piala Dunia, tetapi dengan satu kemenangan sahaja lagi, mereka akan mencatat sejarah untuk layak buat kali pertama dalam kejohanan utama.
📊 Teemu Pukki for Finland in 2019:
👕 Games: 7
⚽️ Goals: 6Clinical in-front of goal 👏 pic.twitter.com/hwuUTZrJRX
— Micky Green’s Tips (@_MickyGreenTips) October 15, 2019
Pukki kini memegang rekod penjaring gol ketiga terbanyak Finland dengan keseluruhan 22 gol, 10 gol dibelakang penjaring terbanyak sepanjang zaman , Jari Litmanen.
Pasukan Itali yang membelasah Lichtenstein 5-0 kini gah mendahului kumpulan J dengan rekod kemenangan 100 peratus.
Mereka sudah pun mengesahkan kelayakan ke kejohanan EURO yang akan berlangsung tahun hadapan.
#Euro2020 #Italy #Liechtenstein
Italy hammer Liechtenstein to push perfect Euro 2020 run to eight games ⚽️
READ ➡️https://t.co/AojrT1C4O4 pic.twitter.com/uJVwuHNXr8
— TOI Sports (@toisports) October 16, 2019
Penyerang Torino, Andrea Belotti meledak dua gol pada separuh masa kedua. Malam gemilang Azzurri dilengkapkan dengan tiga lagi gol yang dijaringkan oleh Federico Bernardeschi, Alessio Romagnoli dan Stephen El Shaarawy.